
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta menampilkan jawatan kosong Penolong Pegawai Latihan Gred E27. Jawatan ini adalah daripada Kementerian Belia dan Sukan.
Jawatan Penolong Pegawai Latihan Gred E27 ini mempunyai kekosongan sebanyak 20 tempat. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Permohonan boleh dilakukan secara online melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Syarat-syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Penolong Pegawai Latihan Gred E27. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 11.59 malam pada hari Jumaat bertarikh 3 April 2015.