Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Mac 2018

Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Mac 2018

Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Mac 2018

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Mac 2018. Jawatan ini melibatkan lokasi negeri Putrajaya. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PEMBANTU TADBIR P/O N19

Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Mac 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Peranti perubatan adalah produk yang digunakan untuk tujuan perubatan dalam diagnosis, terapi dan surgeri. Berlainan dengan produk ubat (juga dipanggil sebagai bahan farmaseutikal atau drug) mencapai tindakan utama mereka menerusi cara farmakologikal, metabolik atau imunologikal. peranti perubatan bertindak dengan cara lain seperti melalui cara fizikal, mekanikal, thermal, fizik-kimia atau cara kimia.

Peranti perubatan merangkumi pelbagai produk yang berbeza-beza mengikut kompleksiti dan aplikasi. Contoh adalah seperti tongue depressors dan termometer perubatan.

Pasaran global peranti perubatan mencapai secara kasar sehingga 209 billion dolar Amerika pada 2006 dan dijangka untuk berkembang dengan purata kadar tahunan 6 – 9 % di 2010.

Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) dan Akta Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2012 (Akta 748) telah diluluskan di Parlimen pada bulan November 2011. Akta 737 dijangka akan berkuatkuasa pada 2013. Klasifikasi peranti perubatan di Malaysia dibahagikan kepada empat kelas iaitu :

Kelas A – risiko rendah
Kelas B – risiko sederhana
Kelas C – risiko sederhana tinggi
Kelas D – risiko tinggi

Menurut tafsiran seperti yang termaktub di dalam Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737)[2] peranti perubatan adalah:

Apa-apa peralatan, radas, perkakas, mesin, alat, implan, reagen atau kalibrator in vitro, perisian, bahan, atau barang lain yang seumpamanya atau yang berkaitan yang diniatkan oleh pembuat yang digunakan, secara bersendirian atau gabungan, bagi manusia bagi mencapai maksud:

Diagnosis, pencegahan, pemantauan, rawatan atau pengurangan penyakit;
Diagnosis, pemantauan, rawatan atau pampasan bagi sesuatu kecederaan;
Penyiasatan, penggantian atau pengubahsuaian, atau sokongan anatomi atau proses fisiologi;
Sokongan atau pengekalan hayat;
Pengawalan kehamilan;
Penyahjangkitan peranti perubatan; atau
Penyediaan maklumat bagi maksud perubatan atau diagnostik dengan cara pemeriksaan in vitro ke atas spesimen yang diperoleh daripada tubuh manusia

Apa-apa peralatan, radas, perkakas, mesin, alat, implan, reagen atau kalibrator in vitro, perisian, bahan atau barang lain yang seumpamanya atau yang berkaitan, untuk digunakan pada tubuh manusia, yang boleh diisytiharkan oleh Menteri, setelah mengambil kira isu keselamatan awam, kesihatan awam atau risiko awam, sebagai suatu peranti perubatan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Permohonan Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Mac 2018 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Pihak Berkuasa Peranti Perubatan. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Rabu bertarikh 14 Mac 2018.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam