
Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran Februari 2018. Jawatan ini melibatkan lokasi negeri Kuala Lumpur. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:
1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
2. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)
Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran Februari 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) merupakan badan berkanun di bawah Kementerian Sumber Manusia yang mana fungsi utamanya adalah untuk memberikan pinjaman latihan kemahiran kepada individu yang mengikuti latihan kemahiran di Penyedia Latihan Awam (PLA) dan Swasta (PLS) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan berdaftar dengan PTPK
Latihan ini dibuka kepada pelatih yang mmengikuti program latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).
Syarat-Syarat Pinjaman
Warganegara Malaysia
Mengikuti program latihan SKM bagi Tahap 1 hingga 3, DKM bagi Tahap 4 dan DLKM bagi Tahap 5 dan program lain yang diluluskan oleh PTPK
Had umur peminjam di antara 15 hingga 45 tahun
Tidak mendapat bantuan kewangan daripada agensi lain.
Belajar sepenuh masa mengikut tempoh ditetapkan.
Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 5,000.00 sebulan.
Mengemukakan seorang penjamin.
Kadar Pinjaman
Kadar pinjaman diantara RM 2,500 hingga RM 24,000 bergantung kepada program dan tahap latihan yang merangkumi :-
Yuran pengajian.
Elaun Sara Hidup sebanyak RM 400 sebulan semasa tempoh latihan.
Bayaran premium untuk perlindungan insurans.
Fi pentadbiran sebanyak 3% setahun dikenakan berasaskan baki berkurangan.
Syarat-Syarat Penjamin
Warganegara Malaysia
Seorang penjamin berpendapatan bulanan tidak kurang daripada RM700 sebulan, berumur 21 tahun keatas dan tidak melebihi 50 tahun semasa pelatih memulakan latihan.
Jika penjamin merupakan ibu / bapa / penjaga sah/ syarat umur dan pendapatan dikecualikan.
Seseorang penjamin tidak boleh menjamin lebih daripada dua (2) orang pelatih kecuali ibu / bapa/ penjaga sah.
Tidak diisytiharkan muflis.
Kaedah Bayaran pinjaman Latihan Kemahiran
Peminjam perlu membuka akaun Bank CIMB Berhad (konvensional)
Pinjaman akan disalurkan terus ke akaun peminjam secata auto pay dan bayaran yuran pengajian ke akaun Penyedia Latihan dibuat secara direct debit.
Bayaran Balik Pinjaman
Bayaran balik pinjaman bermula selepas enam(6) bulan tamat latihan.
Tempoh bayaran balik pinjaman di antara satu(1) hingga sepuluh (10) tahun.
Ansuran bulanan di antara RM84.69 hingga Rm 193.12 tertakluk kepada jumlah pinjaman yang diluluskan.
Permohonan Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran Februari 2018 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Jumaat bertarikh 2 Februari 2018.