Jawatan Kosong Pentadbiran Negeri Perak September 2018

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Pentadbiran Negeri Perak September 2018. Job postings melibatkan lokasi Perak. Kerajaan Perak career 2018 yang tersenarai adalah seperti berikut:
1. Pembantu Syariah Gred LS19
Kerajaan Perak jawatan kosong 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Perak vacancy 2018 mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Jawatan Kosong Pentadbiran Negeri Perak September 2018
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ditubuhkan pada tahun 1948 melalui Perjanjian Perak di antara Sultan Abdul Aziz Al-Mutasim Billah Shah dengan Sir Gerard Edward J. Gent pada 21 Januari 1948. Melalui perjanjian ini, satu undang-undang perlembagaan Perak telah dibentuk pada 1 Februari 1948. Perlembagaan ini menggariskan hak-hak dan kuasa Sultan serta memperuntukkan satu pentadbiran Kerajaan yang terdiri daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Mesyuarat Negeri sebagai badan yang bertanggungjawab untuk membantu dan menasihati Sultan di dalam menjalankan tugasnya.
Perlembagaan ini memperuntukkan perlantikan Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, dan Pegawai Kewangan Negeri dengan kuasa pelantikannya oleh Sultan. Ketiga-tiga ahli ex-officio ini bersama dua lagi ahli ex-officio yang lain iaitu Penasihat British dan Penasihat Undang-undang, adalah merupakan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dengan mempunyai seorang ahli rasmi. Majlis Mesyuarat Negeri pula terdiri daripada Menteri Besar sebagai Presiden dan empat orang ahli ex-officio iaitu Penasihat British, Setiausaha Kerajaan Negeri dengan mempunyai 10 orang ahli rasmi dan 19 orang ahli tidak rasmi.
Menteri Besar Perak yang pertama dilantik (sebelum Merdeka) ialah Tuan Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz dan Setiausaha Kerajaan Negeri ialah Che Ahmad bin Osman. Fungsi Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak ialah merancang, menggerak, mengurus, menyelaras, dan mengawal semua jentera pembangunan ekonomi dan sosial negeri melalui perkhidmatan yang bersih, cekap, dan amanah. Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak juga menentu dan menyelaraskan perlaksanaan dasar mengenai aktiviti-aktiviti negeri meliputi perancangan dan pembangunan, keselamatan, aktiviti-aktiviti Jabatan Kerajaan, badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan Negeri, perkhidmatan kakitangan, dan hal ehwal lain dalam negeri.
VISI
Menjadi jentera pentadbiran Kerajaan Negeri yang bertaraf global untuk kebajikan dan kesejahteraan yang berkualiti dan kemakmuran kepada rakyat.
MISI
Memajukan penyampaian perkhidmatan Kerajaan melalui transformasi dan inovasi untuk memenuhi kehendak semua pelanggan dan rakyat.
OBJEKTIF
Membangun penyampaian perkhidmatan awam melalui tadbir urus korporat, inovasi dan kreativiti yang berkualiti dan amalan mesra pelanggan dan rakyat.
Meningkatkan kemajuan sosio-ekonomi ke tahap berprestasi tinggi, lestari, seimbang dan adil.
Meningkatkan imej perkhidmatan awam sebagai perkhidmatan yang mendahulukan pelanggan, proaktif dan cepat dalam mengatasi permasalahan pelanggan / rakyat.
Borang Permohonan Online Jawatan Kosong Pentadbiran Negeri Perak September 2018 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Kerajaan Perak. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Sabtu bertarikh 29 September 2018.