Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia April 2018

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia April 2018. Jawatan ini melibatkan lokasi negeri Kuala Lumpur. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PEMBANTU TADBIR (PSH)
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29 (PSH)

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia April 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang telah pun ditubuhkan pada 1 Februari 1980 adalah berada di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225] ialah sebuah badan berkanun yang telah beroperasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis perasmian penubuhan MPM telah pun disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu iaitu YB Dato’ Musa bin Hitam pada 22 April 1980.

Visi adalah untuk menjadi badan pentaksiran yang menjanakan pentaksiran jitu yang dapat mengukur potensi seseorang insan secara holistik bersesuaian dengan nilai dan norma murni sejagat menjelang tahun 2025.

Misi adalah untuk membangunkan dan mengurus pelbagai bentuk pentaksiran yang menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berwibawa, versatil, dan berdaya maju.

Objektif MPM:

Menyediakan dan menerbitkan sukatan pelajaran peperiksaan dan spesifikasi ujian yang lengkap dan sesuai bagi peperiksaan/ujian Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Malaysian University English Test (MUET)

Mendaftarkan calon bagi peperiksaan/ujian STPM dan MUET dengan cekap

Menyediakan kertas peperiksaan/ujian yang jitu, sah, boleh dipercayai, saksama, dan adil bagi peperiksaan/ujian STPM, MUET, psikometrik, dan ikhtisas dengan cekap dan adil

Mentadbirkan peperiksaan/ujian STPM, psikometrik, dan ikhtisas dengan cekap dan adil

Mengeluarkan keputusan peperiksaan/ujian STPM, MUET, psikometrik, dan ikhtisas yang standardnya diiktiraf oleh institusi penerima lulusan

Permohonan Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia April 2018 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Jumaat bertarikh 13 April 2018.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam