Jawatan Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia September 2015

Jawatan Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia September 2015

Jawatan Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia September 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2015 menampilkan jawatan kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia September 2015. Jawatan ini melibatkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
2. Pembantu Operasi N11
3. Juruteknik Komputer FT17
4. Pembantu Akauntan W17

Jawatan kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia September 2015 yang ditawarkan ini mempunyai kekosongan beberapa tempat. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

1.Permohonan kepada jawatan ini adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan juga tidak lebih daripada 45 tahun di mana tarikh iklan ditutup.

2.Sila pastikan segala borang permohonan jawatan secara “on-line” telah diisi dengan lengkap.

3.Jika pemohon dipanggil oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk menghadiri temuduga, sila bawa bersama dokumen-dokumen berikut:-

i.Sekeping gambar berukuran pasport yang ditulis nama dan no. kad pengenalan dibelakangnya;
ii.Kad pengenalan asal dan satu salinannya yang diakui sah;
iii. Sijil-sijil asal berkaitan dan satu salinannya yang diakui sah; dan
iv.Apa-apa surat akuan asal dan satu salinannya yang diakui sah.

4.Sijil-sijil hendaklah diakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.

5.Sekiranya pemohon sedang memegang jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan, pemohon hendaklah membawa bersama surat pelepasan daripada Ketua Jabatan, penyata perkhidmatan dan laporan sulit apabila menghadiri temuduga.

6.Semua pemegang-pemegang biasiswa atau dermasiswa dikehendaki mendapatkan surat akuan pelepasan perjanjian dari Penganjur biasiswa atau dermasiswa mereka sekiranya dipanggil untuk menghadiri temuduga.

7.Tuntutan perbelanjaan berkaitan dengan permohonan atau temuduga ini tidak akan dilayan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

8.Lembaga Lebuhraya Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas permohonan yang tidak diterima atau tidak lengkap.

Permohonan jawatan ini boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) September 2015. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Jumaat bertarikh 11 September 2015.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam