Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2021 menampilkan Jawatan Kosong Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna Disember 2021. Job postings melibatkan lokasi seluruh Malaysia. Jawatan Kosong KPDNHEP 2021 yang tersenarai adalah seperti berikut:
- Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna jawatan kosong yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. KPDNHEP vacancy mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang berdaya maju, berdaya saing, dan berdaya mampan, khususnya di dalam sektor perdagangan pengedaran.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna
Sektor perdagangan pengedaran adalah antara penyumbang utama KDNK negara dan ia bertindak sebagai benteng kestabilan ekonomi, terutama semasa situasi ekonomi luaran berada di dalam keadaan ketidak tentuan. Perdagangan pengedaran perlu kukuh bagi menampan sebarang ketidakstabilan dalam ekonomi negara.
Dalam masa yang sama, Kementerian juga komited dalam melindungi kepentingan dan hak-hak pengguna. Ini termasuk membangunkan ekosistem pengguna dan peniaga yang bersifat melengkapi dan ke arah self-regulated, seiring dengan aspirasi ke arah masyarakat negara maju.
KPDNHEP
Ia diharapkan akan melahirkan pengguna dan peniaga yang matang dan beretika dalam berurusniaga, dan hasilnya adalah negara yang seimbang dari segi ekonomi dan sosial.
Peranan dan fungsi Kementerian telah diperluaskan pada tahun 2009 untuk merangkumi sektor francais.
Bidang Tugas Kementerian :
Perdagangan Dalam Negeri
Membangunkan peluang perniagaan dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat melalui profil pemborongan dan peruncitan, francais, jualan langsung, dan sektor hiliran petroleum;
Menentukan dan memantau harga barang-barang perlu;
Mengawalselia penjualan dan pengedaran barang-barang perlu, barangan petroleum dan petrokimia, dan urusniaga jualan langsung;
Melaksanakan peraturan timbang dan sukat;
Menyelaras perkara mengenai perbadanan, syarikat dan perniagaan mengikut akta berkaitan;
Menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik
Mentadbir dan membangunkan Sistem Perlindungan Harta Intelek.
Kepenggunaan
Melaksanakan program pendidikan pengguna;
Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan perlindungan pengguna
Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan.
KPDNHEP sedang mengorak langkah ke arah menjadi Kementerian Premier Negara berpandukan oleh visinya iaitu ‘Perdagangan dalam negeri yang progresif, mampan’.
Terdapat 3 misi Kementerian iaitu :
Mengukuhkan perdagangan dalam negeri melalui penciptaan nilai dan pendigitalan
Mengadaptasi inovasi dan teknologi sebagai asas organisasi cemerlang
Meningkatkan perlakuan pengguna yang rasional dengan memperkasakan komuniti dan masyarakat sivil
Borang Permohonan Online Jawatan Kosong KPDNHEP Disember 2021 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 11.59 malam pada hari Isnin bertarikh 13 Disember 2021.
