Jawatan Kosong Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Oktober 2018

Jawatan Kosong Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Oktober 2018

Jawatan Kosong Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Oktober 2018

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Oktober 2018. Jabatan Mineral career melibatkan lokasi seluruh Malaysia. Jawatan kosong JMG 2018 yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. Pegawai Penyelidik Gred Q41

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia jawatan kosong 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. JMG vacancy mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Jawatan Kosong Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Oktober 2018

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia ditubuhkan melalui penggabungan Jabatan Penyiasatan Kajibumi dengan Jabatan Galian pada 1 Julai 1999. Penggabungan ini bertujuan untuk memantapkan dan menyelaraskan aktiviti kedua-dua agensi tersebut yang berada di bawah Kementerian Perusahaan Utama (KPU) ketika itu.

Sejarah Jabatan bermula sejak abad ke-19 sewaktu kemasukan penjajah British yang bermula di negeri Perak. Pada tahun 1874, Jabatan Galian ditubuhkan oleh penjajah British bagi tujuan pengawalseliaan perlombongan bijih timah di Larut. N.G.A. Geddie, seorang jurutera perlombongan telah dilantik sebagai Merinyu Galian pertama.

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

Enakmen perlombongan negeri telah mula diperkenalkan di negeri Selangor pada tahun 1891 bagi mengawal selia operasi perlombongan. Dalam usaha membenteras kegiatan penyeludupan bijih timah, enakmen bijih mineral negeri telah diperkenalkan buat pertama kalinya di negeri Perak pada tahun 1893.

Pejabat Kajibumi pertama telah ditubuhkan pada tahun 1903 di Kuala Lumpur. J.B. Scrivenor telah dilantik sebagai Ahli Kajibumi pertama di Tanah Melayu. Pada tahun 1908 Pejabat Kajibumi telah dipindahkan ke Batu Gajah, Perak bagi menumpukan kajian lapangan bijih timah di Lembah Kinta dan Larut. Pada tahun 1927, Pejabat Kajibumi dinaik taraf menjadi Jabatan Penyiasatan Kajibumi. Ibu Pejabat Jabatan Penyiasatan Kajibumi telah dipindahkan ke Ipoh, Perak pada tahun 1957. Pada masa yang sama penggantian kakitangan dengan anak-anak tempatan bermula dan selesai sepenuhnya dalam tahun 1967.

Semasa penubuhan Malaysia pada tahun 1963, Jabatan Penyiasatan Kajibumi Jajahan British di Borneo menjadi cawangan Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia dan diberi nama baru, Jabatan Penyiasatan Kajibumi Kawasan Borneo Malaysia. Setahun kemudian iaitu pada tahun 1964, Jabatan Galian Malaysia Timur ditubuhkan.

Pada tahun 1968, Jabatan Penyiasatan Kajibumi Semenanjung Malaysia dan Jabatan Penyiasatan Kajibumi Kawasan Borneo digabungkan menjadi Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia di bawah seorang pengarah berpusat di Ipoh, Perak. Pada tahun 1973, Ibu Pejabat Penyiasatan Kajibumi Malaysia telah berpindah sekali lagi dari Ipoh ke Kuala Lumpur.

Borang Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Oktober 2018 melalui permohonan online jawatan kosong dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Ahad bertarikh 28 Oktober 2018.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam