Jawatan Kosong Jabatan Audit Negara JAN November 2017

Jawatan Kosong Jabatan Audit Negara JAN November 2017

Jawatan Kosong Jabatan Audit Negara JAN November 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Jabatan Audit Negara JAN November 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi seluruh Malaysia. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. JURUAUDIT W41 – 22 KEKOSONGAN
2. PENOLONG JURUAUDIT W29 – 38 KEKOSONGAN

Jawatan Kosong Jabatan Audit Negara JAN November 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Institusi Audit telah wujud di Tanah Melayu sejak pentadbiran British pada awal abad ke 20 bagi memperkukuhkan sistem pentadbiran kewangan Kerajaan. Pada ketika itu ia wujud secara berasingan mengikut negeri iaitu Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Selat. Di setiap Negeri Melayu Bersekutu, Institusi ini dikenali dengan nama Audit Office dan diketuai oleh State Auditor. Ibu pejabat bagi Audit office ini terletak di Kuala Lumpur dan diketuai oleh seorang Chief Auditor.

Institusi Audit Negara yang lebih tersusun dari segi struktur dan bidang tugasnya bermula pada tahun 1906 di mana Ketua Audit Negara untuk Negeri Melayu Bersekutu pertama iaitu W.J.P Hume dilantik. Pada tahun 1932 kedua-dua Institusi digabungkan dan diletakkan di bawah kawalan Director of Colonial Audit yang berpusat di London. Tugas pengauditan dipertanggungjawabkan kepada Auditor of the Straits Settlements and the Federated Malay States yang berpusat di Kuala Lumpur. Menjelang kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, jawatan Director of Audit Malaya ditukar kepada nama Ketua Audit Negara. Pelantikan Ketua Audit Negara serta tanggungjawabnya termaktub di bawah Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957.

Jabatan Audit Negara diketuai oleh seorang Ketua Audit Negara yang dilantik berdasarkan Akta Audit 1957. Ketua Audit Negara pada kebiasaannya dilantik dikalangan pegawai tinggi Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik) yang telah bersara. Beliau dibantu oleh 2 orang Timbalan Ketua Audit Negara iaitu pegawai tertinggi Skim Perkhidmatan Juruaudit. Melalui penstrukturan organisasi pada 2007, Jabatan Audit Negara dibahagikan kepada 5 sektor iaitu Sektor Pengurusan, Sektor Audit Kerajaan Persekutuan, Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan, Sektor Audit Kerajaan Negeri dan Sektor Audit Khas dan Penyelidikan.

Sektor Audit Kerajaan Persekutuan – Menjalankan pengauditan di Kementerian dan Jabatan Persekutuan. Jabatan Audit Negara telah menempatkan cawangan bagi setiap Kementerian Mengakaun Sendiri (kecuali Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran diletakkan dalam satu cawangan iaitu Cawangan Audit Pendidikan) bagi memudahkan urusan pengauditan.
Sektor Audit Kerajaan Negeri – Menjalankan pengauditan di setiap negeri. Jabatan Audit Negara juga menempatkan pejabat cawangan di setiap negeri bagi memudahkan pengauditan. Bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak, terdapat beberapa cawangan kecil di daerah.

Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Audit Negara JAN November 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Jabatan Audit Negara (JAN). Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Ahad bertarikh 19 November 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam