Jawatan Kosong Institut Kemahiran Mara Johor Januari 2018

Jawatan Kosong Institut Kemahiran Mara Johor Januari 2018

Jawatan Kosong Institut Kemahiran Mara Johor Januari 2018

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Institut Kemahiran Mara Johor Januari 2018. Jawatan ini melibatkan lokasi Johor. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL DV29
2. PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL DV19

Jawatan Kosong Institut Kemahiran Mara Johor Januari 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Menyedari hakikat bahawa kemajuan orang Bumiputera khususnya orang Melayu, masih jauh ketinggalan dari sudut ekonomi, pelajaran, kemahiran dan sebagainya berbanding bangsa-bangsa lain di negara ini, maka para cendekiawan Melayu ketika itu telah berusaha menjana fikiran rakyat melayu maju. Pelbagai aspek rancangan dan program telah disusun atur untuk memertabatkan orang Melayu ke arah kecemerlangan.

Justeru itu, lapangan kemahiran ketukangan industri juga tidak ketinggalan diberi ruang untuk dilaksanakan. Kerajaan melalui MARA salah satu badan yang menjaga amanah dan kepentingan orang Melayu telah diberi tugas untuk melaksanakan program kemahiran dan ketukangan ini dimana objektifnya adalah untuk membantu dan melatih kaum bumiputera berjaya dalam bidang kemahiran.

Bagi merealisasikan hasrat kerajaan, MARA telah menubuhkan Sekolah Latehan Kemahiran MARA di sebidang tanah seluas 0.5 ekar di Jalan Hang Tuah, Bandar Melaka, Melaka (Kini Kolej Profesional MARA). Ia adalah merupaka Sekolah Latehan Kemahiran yang pertama di Malaysia. Sekolah Latehan Kemahiran MARA telah dibuka dengan rasminya oleh Y.A.B Tun Haji Abdul Razak Bin Dato’ Husein, Perdana Menteri Malaysia ke-2 pada bulan Oktober 1968.

Setiap bidang tersebut mempunyai latihan asas dinamakan “Common Module” yang dipecahkan kepada beberapa modul seperti Kimpalan, Pemesinan Am, Mengegas dan Lukisan Teknik. Pada tahun 1972 kursus baru diadakan iaitu Lukisan Jentera dan diikuti pada tahun 1975 Kursus Ketuk dan Cat Kereta. Permintaan keperluan tenaga pekerja mahir semakin meningkat dari masa ke semasa dan bidang kemahiran semakin bertambah.

Justeru itu, pelajar yang mengikuti bidang latihan kemahiran juga bertambah. Sekolah Latehan Kemahiran MARA di Bandar Melaka tidak dapat menampung peningkatan pelajar dalam menceburi bidang kemahiran yang semakin ketara. Keluasan yang agak terhad di sana, menyebabkan pentadbiran MARA di peringkat atasan telah memindahkan Sekolah Latehan ke sebuah kawasan yang agak luas iaitu di Pekan Jasin Melaka pada bulan Januari 1984.

Sesuai dengan pengiktirafan semasa, Sekolah Latehan Kemahiran MARA telah ditukar nama kepada Institut Kemahiran MARA (IKM). Ia kini berada di kawasan sebuah kampung iaitu di Kg. Simpang Kerayong Jasin serta dibina di atas sebidang tanah seluas 46 hektar yang serba lengkap dengan peralatan latihan yang canggih dan moden mengikut perkembangan semasa.

Permohonan Jawatan Kosong Institut Kemahiran Mara Johor Januari 2018 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Institut Kemahiran Mara. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Khamis bertarikh 18 Januari 2018.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam