
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Bank Islam Malaysia Berhad Oktober 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi Kuala Lumpur. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:
1. Contact Centre Officer
Jawatan Kosong Bank Islam Malaysia Berhad Oktober 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Bank Islam yang ditubuhkan pada 1983 adalah institusi berasaskan Syariah pertama di Malaysia. Sejak penubuhannya, ia menjadi simbol perbankan Islam di Malaysia dan visinya untuk menjadi “Pemimpin Global dalam perbankan Islam” menggambarkan status Bank sebagai pemimpin dalam industri perkhidmatan kewangan negara (“industri”).
Bank Islam telah berkembang dengan semakin kukuh seperti yang dapat dilihat melalui prestasi kewangan dan modal berbayarnya, yang amat penting dalam pertumbuhan asetnya. Sepanjang tahun ini, Bank Islam telah memulakan beberapa program perluasan dengan penglibatannya, antara lain, dalam urus niaga penting Sukuk dan Mandat Korporat. Setanding dengan semangat perintisnya, Bank terus menyediakan produk dan perkhidmatan yang inovatif dan lebih menarik hingga berjaya meningkatkan bilangan pelanggan yang memilih perbankan Islam sebagai alternatif sebenar kepada perbankan konvensional. Senarai pelanggan yang semakin bertambah ini serta penyelesaian perbankan yang sangat mengagumkan dan berkualiti, telah diiktiraf oleh industri global yang ditunjukkan melalui posisi Bank Islam yang berada dikalangan bank yang terbaik di Malaysia.
Melalui rangkaian yang berkembang pesat terdiri daripada 133 cawangan dan lebih daripada 1200 terminal layan diri di seluruh negara, Bank Islam menyediakan senarai lengkap bagi lebih daripada 70 produk dan perkhidmatan perbankan Islam yang inovatif dan canggih, setanding dengan khidmat yang ditawarkan oleh bank konvensional lain.
Bermula dengan pembiayaan, simpanan dan produk pelaburan tradisional khusus untuk pelanggan individu pada beberapa tahun awal penubuhannya, rangkaian produk kewangan, perkhidmatan dan penyelesaian perniagaan Bank Islam yang berasaskan Syariah telah diperluas dengan begitu ketara bagi memenuhi keperluan kewangan pelanggan yang sentiasa berubah daripada semua kategori, termasuk yang berkaitan dengan produk pembiayaan mikro, pengurusan harta, pasaran modal, produk perbendaharaan dan berstruktur.
Sebagai perintis dalam industri ini, Bank Islam telah memainkan peranan utama dalam mempromosikan pengembangan jenama kewangan Islam Malaysia dalam pasaran lain, terutamanya di rantau ini. Ini membantu Bank Islam berkembang sebagai jenama yang mantap dan dikenali di seluruh dunia. Selaras dengan bilangan perkhidmatan kewangan tempatan dan global yang semakin meningkat, Bank Islam sentiasa sedar akan keperluan untuk terus memainkan peranannya sebagai perintis.
Menghargai peranannya sebagai perintis, Bank Islam telah dianugerahkan Anugerah Platinum Reader’s Digest kerana menjadi Jenama Paling Dipercayai selama lima tahun berturut-turut. Senarai anugerah Bank yang semakin bertambah ini turut memasukkan gelaran “Bank Islam Terbaik 2013 (Malaysia)” yang diberikan oleh The Banker yang berprestij. Dengan kepercayaan yang diamanahkan ini, Bank Islam berada di laluan yang betul untuk menjadi “Pemimpin Global dalam Perbankan Islam” dan terus berpandukan hasil kerja perintisan oleh pelopornya, cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kewangan Islam antarabangsa, kejayaan dalam usaha pemulihannya dan cabaran daripada pesaingnya.
Permohonan Jawatan Kosong Bank Islam Malaysia Berhad Oktober 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Bank Islam Malaysia Berhad. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Khamis bertarikh 19 Oktober 2017.