Jawatan Kosong Pembangunan Sumber Manusia Berhad Oktober 2017

Jawatan Kosong Pembangunan Sumber Manusia Berhad Oktober 2017

Jawatan Kosong Pembangunan Sumber Manusia Berhad Oktober 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Pembangunan Sumber Manusia Berhad Oktober 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi Kuala Lumpur. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. KERANI

Jawatan Kosong Pembangunan Sumber Manusia Berhad Oktober 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Human Resources Development Fund (HRDF) yang ditubuhkan pada tahun 1993 merupakan sebuah organisasi dinamik di bawah Kementerian Sumber Manusia. HRDF merupakan peneraju peningkatan kemahiran dan kemahiran semula pekerja tempatan.

Ditadbir oleh Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 (Akta PSMB 2001), HRDF telah diberi mandat oleh Kerajaan Malaysia untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan tenaga kerja yang kompeten yang akan menyumbang kepada pencapaian visi Negara menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara berpendapatan tinggi.

Sejak penubuhannya, peranan HRDF telah berkembang daripada pengurusan dana pembangunan sumber manusia kepada sebuah pusat sehenti yang menyediakan penyelesaian sumber manusia yang meluas kepada perusahaan kecil dan sederhana Malaysia.

Peranan sebagai institusi bertanggungjawab dan diberikan mandat dalam pembangunan sumber manusia ini membenarkan HRDF menawarkan penyelesaian yang tepat dan pelbagai untuk membantu Malaysia menginjak kedudukannya di Indeks Daya Saing Global menerusi peningkatan daya saing serantau dan global. Di samping itu, HRDF turut membantu mewujudkan pasaran buruh tempatan yang cekap dan berkesan yang akan membantu melonjakkan Negara ke arah Negara berpendapatan tinggi menjelang Tahun 2020.

Sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), Kerajaan telah melaksanakan beberapa program yang ditumpukan untuk memperkasakan pembangunan modal insan melalui empat bidang utama iaitu:

Meningkatkan kecekapan pasaran buruh untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi;
Transformasi pendidikan teknikal dan vokasional bagi memenuhi permintaan industri;
Mengukuhkan pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan kemahiran; dan
Meningkatkan kualiti sistem pendidikan untuk pencapaian pelajar yang lebih baik dan kecemerlangan institusi.
Bagi program “Pengukuhan Pembelajaran Sepanjang Hayat untuk Peningkatan Kemahiran”, mandat baru HRDF adalah untuk memastikan penciptaan dan pertumbuhan modal insan tempatan yang berkualiti melalui program pensijilan latihan berkemahiran tinggi dan inisiatif yang akan menyumbang kepada 35 peratus tenaga kerja tempatan berkemahiran di Malaysia serta pewujudan 1.5 juta pekerjaan menjelang Tahun 2020.

Selain itu, HRDF terus giat menggalakkan majikan yang diliputi di bawah Akta PSMB 2001 untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja tempatan, perantis dan pelatih mereka agar setanding dengan dunia perniagaan global yang berkembang pantas, di samping mencapai aspirasi syarikat masing-masing.

Dengan 19 sub-sektor baru yang telah ditambah di bawah Akta PSMB 2001 (sebagai tambahan kepada 44 sub-sektor yang sedia ada), HRDF telah diberikan tanggungjawab yang lebih meluas untuk menggalakkan syarikat korporat agar mendapatkan manfaat dan nilai tambah daripada program dan inisiatif HRDF.

Permohonan Jawatan Kosong Pembangunan Sumber Manusia Berhad Oktober 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Khamis bertarikh 19 Oktober 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam