Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA April 2018. Jawatan ini melibatkan lokasi seluruh Malaysia. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:
1. PENSYARAH KANAN DM51
2. PENSYARAH DM45
3. PEGAWAI PERUBATAN UD47
4. PEGAWAI PERGIGIAN UG41
5. PEGAWAI FARMASI UF41
6. PEGAWAI OPTOMETRI U41
7. JURURAWAT U41
8. PENGAJAR U41
9. PEGAWAI SAINS C41
10. PENOLONG BENDAHARI W41
11. PENOLONG PENDAFTAR N41
12. PEGAWAI PSIKOLOGI S41
13. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN U29
14. JURUTERAPI PERGIGIAN U29
15. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
16. JURURAWAT U29
17. PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
18. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29
19. PEGAWAI EKSEKUTIF N29
20. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19
21. PEMBANTU MAKMAL C19
22. KERANI N19
23. PEMBANTU OPERASI N11
24. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
25. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11
Jawatan Kosong Universiti Teknologi April 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Sejarah Universiti Teknologi MARA bermula sebagai Dewan Latihan RIDA yang beroperasi mulai November 1956 di Petaling Jaya, Selangor. Dewan Latihan ini ditubuhkan bertujuan sebagai pusat percubaan menawarkan kursus persediaan untuk remaja luar bandar aliran Inggeris. RIDA yang merupakan singkatan bagi Rural and Industrial Development Authority, dibentuk pada tahun 1950 untuk membantu menaik taraf ekonomi penduduk bumiputera. Dewan Latehan ini merupakan inspirasi Dato’ Onn bin Ja’afar, hasil dari lawatannya ke Ceylon (sekarang Sri Lanka), pada tahun 1951.
Tidak lama kemudian, iaitu pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA diletakkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan namanya ditukar kepada Maktab MARA. Maktab ini terus berkembang hingga menjadi unit terpenting dalam Bahagian Latihan MARA, hinggalah pada 14 Oktober 1967, Maktab MARA ini mendapat nama baru Institut Teknologi MARA (ITM).
Seterusnya pada tahun 1996, ITM telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti. Namun begitu, namanya tidak ditukar hinggalah pada 26 Ogos 1999, Institut Teknologi MARA dengan rasminya dinamakan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
UiTM mempunyai 2 buah lagu iaitu “UiTM Di Hatiku” dan “Wawasan Setia Warga UiTM”.
Visi
Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.
Misi
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
Permohonan Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA April 2018 boleh dilakukan secara online melalui laman web UiTM. Syarat-syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Universiti Teknologi MARA. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Isnin bertarikh 2 April 2018.