
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Oktober 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi Kuala Lumpur. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:
1. WELL-BEING OFFICER
Jawatan Kosong Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Oktober 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau nama pendeknya KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.
Caruman adalah wang yang dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun tersebut terdiri daripada caruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadar caruman semasa adalah 23% daripada gaji pekerja dimana 11% adalah caruman pekerja yang dipotong daripada gaji bulanan pekerja manakala 12% adalah caruman oleh majikan .
Caruman bulanan anggota dilaburkan melalui beberapa instrumen kewangan yang diluluskan untuk menghasilkan pendapatan. Ini termasuklah Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen Pasaran Wang, Bon & Pinjaman, Ekuiti dan Hartanah.
KWSP memastikan simpanan anggota selamat dan mendapat dividen yang berpatutan. KWSP menjamin dividen sebanyak 2.5 peratus setahun. Untuk memastikan bayaran dividen, KWSP melaburkan caruman melalui instrumen kewangan yang diluluskan bagi mendapatkan pulangan yang optimum.
Dividen dimasukkan ke dalam akaun pencarum setiap tahun. Kadar dividen yang diisytiharkan oleh KWSP adalah tertakluk kepada pulangan pelaburan yang dibuat melalui instrumen-instrumen yang diluluskan.
Dividen tahunan dikira berdasaran baki pembukaan simpanan pencarum setakat 1hb Januari setiap tahun. Dividen nulanan pula dikreditkan ke akaun anggota berdasarkan jumlah caruman bulanan yang diterima.
Permohonan Jawatan Kosong Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Oktober 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Khamis bertarikh 5 Oktober 2017.