Jawatan Kosong Universiti Utara Malaysia Kedah April 2018

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Universiti Utara Malaysia Kedah April 2018. Jawatan ini melibatkan lokasi negeri Kedah Darul Aman. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. GURU BAHASA DG41
2. PENOLONG JURUAUDIT W29
3. PELUKIS PELAN JA19
4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
5. PEMBANTU TADBIR (PEPERIKSAAN) N19
6. PEMBANTU OPERASI N11

Jawatan Kosong Universiti Utara Malaysia Kedah April 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Universiti Utara Malaysia (singkatan: UUM) merupakan universiti yang keenam ditubuhkan di Malaysia. Ia ditubuhkan secara rasmi pada 16 Februari 1984 di bawah Perintah (Perbadanan) Universiti Utara Malaysia. Cogan kata UUM ialah “Ilmu, Budi, Bakti”.

Hasrat untuk mewujudkan universiti keenam di Malaysia timbul berikutan bertambahnya permintaan terhadap pendidikan tinggi dan kurangnya tempat di lima universiti tempatan yang sedia ada. Pada bulan Ogos 1983, kerajaan mengarahkan Kementerian Pendidikan supaya menjalankan kajian kemungkinan dan menyediakan satu kertas kerja ke atas projek universiti keenam ini. Pada 19 Oktober 1983, Kabinet menelitinya dan meluluskan penubuhannya.

Pejabat sementara Universiti Utara Malaysia ditempatkan di sebuah bangunan di bandar Jitra sehingga Kampus Darulaman disiapkan. Pembinaan kampus sementara berharga RM96 juta di kawasan seluas 25 hektar di Bandar Darulaman, Jitra bermula pada Januari 1984. Dalam tempoh enam bulan fasa pertama siap dan seramai 295 orang pelajar perintis memulakan pengajian pada 7 Julai 1984. Fasa II dan III pada tahun 1987. Konvokesyen pertama, kedua dan ketiga diadakan di Kampus Darulaman.

Pembinaan kampus tetap di Sintok pula bermula pada 8 Januari 1989. Kampus Sintok mula beroperasi pada 15 September 1990, dan perpindahan sepenuhnya ke Kampus Sintok berjaya dicapai pada 1 Januari 1991. Kampus Sintok yang berharga RM580 juta ini dan seluas 1,061 hektar siap sepenuhnya pada 1993.Mulai Januari 2008, UUM mencipta sejarah membuat perubahan besar-besaran dari segi penstrukturan. Sebanyak 13 buah Fakulti digabungkan menjadi 3 buah kolej akademik. Kolek akademik ini terdiri daripada Kolej Perniagaan (College of Business- COB),Kolej Sastera dan Sains (College of Arts and Sciences- CAS)dan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (College of Law, Government and International Studies- COLGIS).

Permohonan Jawatan Kosong Universiti Utara Malaysia Kedah April 2018 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Universiti Utara Malaysia. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Ahad bertarikh 8 April 2018.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam