
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA Melaka Ogos 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi negeri Melaka. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:
1. PENSYARAH
Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA Melaka Ogos 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
UiTM Melaka bermula pada Ogos 1984 di bangunan sementara di Institut Kemahiran MARA (IKM) di Jalan Hang Tuah. Pada permulaan jumlah hanya 32 orang kakitangan sokongan dan 5 orang Pensyarah. Jumlah pelajar pertama ketika itu seramai 158 orang sahaja dan kursus yang ditawarkan adalah Diploma Pentadbiran Awam (DPA), Diploma Pengajian Perniagaan (DBS), Diploma Perakaunan (DIA) dan Diploma Sains Kesetiausahaan (DSS).
Januari 1994 mula berpindah ke Kampus tetap di Lendu, Alor Gajah. Keluasan Kampus 358.2 ekar dan 26 Km dari Bandar Melaka. Pada 2 Mei 1996 Kampus UiTM Melaka (ITM Melaka ketika itu) telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Mahathir Mohamad. Tanggal 26 Ogos 1999, Perdana Menteri Malaysia telah mengistiharkan ITM dinaikan taraf kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Dari 1984 sehingga kini UiTM Melaka telah diterajui oleh 7 orang Pengarah. UiTM Melaka berkembang pesat dengan pertambahan pelajar melepasi 6,500 orang. Dibantu dengan 283 kakitangan sokongan dan 460 orang pensyarah. Sebahagian daripada pensyarah-pensyarah ini mengajar di kedua-dua kampus.
VISI UiTM MELAKA
Menjadikan UiTM Melaka sebagai universiti yang unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang yang terdapat di UiTM Melaka menerusi program profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.
MISI UiTM MELAKA
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera di UiTM Melaka dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan aktiviti kemasyarakatan yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
DASAR KUALITI UiTM MELAKA
UiTM Melaka beriltizam untuk mengendalikan program diploma dan ijazah sarjana muda yang berkualiti demi melahirkan graduan bumiputera, profesional dan beretika yang global serta sentiasa memenuhi keperluan pelanggan.
UiTM Melaka akan melaksanakan sistem pengurusan profesional, cekap, berkesan dan bertanggungjawb keatas perancangan, perlaksanaan program dan penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi sebuah universiti yang bertaraf dunia.
OBJEKTIF Q UiTM MELAKA
- Mencapai sekurang-kurangnya 85% daripada bilangan pelajar sepenuh masa yang tamat mengikut tempoh pengajian pada setiap semester.
- Mencapai sekurang-kurangnya 20% daripada bilangan pelajar sepenuh masa yang mendapat Anugerah Dekan setiap semester.
- Mencapai sekurang-kurangnya 65% daripada bilangan pelajar sepenuh masa yang tamat mengikut tempoh pengajian dengan HPNG(CGPA) sekurang-kurangnya 3.00 pada setiap semester.
- Meningkatkan jumlah tenaga pengajar dengan kelayakan PhD/ profesional sekurang-kurangnya 30 orang pada 2015.
- Memastikan sekurang-kurangnya 20 penyelidikan/ perundingan/ pengkomersilan, inovasi dan karya ilmiah, berdaftar dengan Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) setiap tahun.
- Memastikan sekurang-kurangnya 1 aktiviti Teknologi Hijau dianjurkan oleh setiap fakulti pada setiap semester.
Permohonan Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA Melaka Ogos 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Universiti Teknologi MARA Melaka. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Jumaat bertarikh 25 Ogos 2017.