
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA Januari 2017. Jawatan ini melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:
1. Pembantu Kesatria S19
2. Pengawal Keselamatan KP11
Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA Januari 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Sejarah Universiti Teknologi MARA bermula sebagai Dewan Latihan RIDA yang beroperasi mulai November 1956 di Petaling Jaya, Selangor. Dewan Latihan ini ditubuhkan bertujuan sebagai pusat percubaan menawarkan kursus persediaan untuk remaja luar bandar aliran Inggeris.
RIDA yang merupakan singkatan bagi Rural and Industrial Development Authority, dibentuk pada tahun 1950 untuk membantu menaik taraf ekonomi penduduk bumiputera. Dewan Latehan ini merupakan inspirasi Dato’ Onn bin Ja’afar melalui lawatannya ke Ceylon yang dikenali sebagai Sri Lanka sekarang ini pada tahun 1951.
Pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA diletakkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan namanya ditukar kepada Maktab MARA. Maktab ini terus berkembang hingga menjadi unit terpenting dalam Bahagian Latihan MARA, hinggalah pada 14 Oktober 1967, Maktab MARA ini mendapat nama baru Institut Teknologi MARA (ITM).
Seterusnya pada tahun 1996, ITM telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti. Namun begitu, namanya tidak ditukar hinggalah pada 26 Ogos 1999, Institut Teknologi MARA dengan rasminya dinamakan Universiti Teknologi MARA (UiTM). UiTM mempunyai 2 buah lagu iaitu “UiTM Di Hatiku” dan “Wawasan Setia Warga UiTM”.
Ianya mempunyai lebih kurang 80,000 pelajar di kampus utama dan 400,000 pelajar di seluruh negara. Oleh hal yang demikian, ianya merupakan sebuah universiti awam terbesar di Malaysia.
Permohonan boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Isnin bertarikh 2 Januari 2017.