
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Universiti Malaya Kuala Lumpur Julai 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi Kuala Lumpur. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:
1. PENSYARAH
Jawatan Kosong Universiti Malaya Kuala Lumpur Julai 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Sejarah asal penubuhan Universiti Malaya di zaman kolonial British bermula pada tahun 1938, dimana Kerajaan British di Tanah Melayu menubuhkan suatu Lembaga khas yang dipengerusikan oleh Sir William H. McLean untuk mengkaji dan meneliti kapasiti kemampuan dan keupayaan pendidikan tinggi di Tanah melayu pada ketika itu. Keputusan dihujung kajian mendapati, Tanah Melayu masih tidak bersedia menerima kehadiran universiti, namun begitu, pembangunan kolej universiti mungkin berpotensi.
Pada tahun 1939, satu lagi Lembaga telah ditubuhkan dibawah Hakim Asquith oleh Pejabat Koloni British untuk Pendidikan Tinggi. Lembaga ini dipertanggungjawabkan untuk membuat lagi satu lagi kajian tentang isu kesiapsiagaan Tanah Melayu mempunyai sebuah universiti. Namun begitu keputusan kajian tetap sama seperti apa yang diputuskan oleh Lembaga yang dipimpin oleh McLean sebelum itu.
Pada tahun 1946, Dr Raymond Priestley, Naib Canselor Universiti Birmingham telah diminta oleh Kerajaan British di Tanah Melayu untuk membuat penelitian menegenai kebarangkalian menubuhkan sebuah universiti di Tanah Melayu. Keputusan Priestly juga tetap sama seperti keputusan kajian-kajian sebelumnya, beliau mengesyorkan penubuhan kolej universiti terlebih dahulu.
Pada tahun 1947, Setiausaha Negeri untuk Kolonial British telah melantik Sir Alexander Carr-Saunders mempengerusikan sebuah Lembaga untuk mengkaji penubuhan pusat pendidikan tertiari di Tanah Melayu. Pada awalnya, keputusan Komisi Carr-Saunders juga sama seperti keputusan komisi-komisi terdahulu. Namun begitu, selepas laporan siap (tapi sebelum dihantar ke Setiausaha Negeri), Carr-Saunders telah mendapatkan pandangan dari Persatuan Alumni Kolej Perubatan King Edward VII dan juga Kesatuan Penuntut Kolej Perubatan terlebih dahulu akan hal ini. Beliau cukup terpegun dengan idea Presiden Kesatuan Penuntut Kolej Perubatan Dr K. Shamugaratnam. I
Pada tahun 1948, Komisi Carr-Saunders telah bersetuju menyokong penuh penubuhan universiti pertama untuk Tanah Melayu. Tahun 1949, menyaksikan penubuhan universiti pertama Tanah Melayu yang dikenali sebagai Universiti Malaya yang diilhamkan dibawah Komisi Carr-Saunders.
Tarikh 8 Oktober 1949, adalah titik tolak dimana Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (Singapura) (ditubuhkan pada 1929), bergabung menjadi Universiti Malaya.
Permohonan Jawatan Kosong Universiti Malaya Kuala Lumpur Julai 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Universiti Malaya Kuala Lumpur. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Rabu bertarikh 26 Julai 2017.