Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang Februari 2018

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang Februari 2018

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang Februari 2018

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang Februari 2018. Jawatan ini melibatkan lokasi Pahang. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. Penolong Juruukur Bahan JA29
2. Penolong Pegawai Pertanian G29
3. Penolong Pemelihara Hutan G29
4. Penolong Pegawai Syariah LS29
5. Penghulu NP29
6. Penolong Pegawai Tanah NT29
7. Pembantu Tadbir (P/O) N19
8. Pembantu Perikanan G19
9. Pengawas Hutan G19
10. Pembantu Pembangunan Masyarakat S19
11. Pembantu Syariah LS19
12. Pembantu Laut A19
13. Merinyu Tali Air A19
14. Juruaudio Visual N19
15. Pembantu Kemahiran H19
16. Pembantu Awam H11

Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang Februari 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Berdasarkan kepada Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri No. 7/1991 telah diperuntukkan enam (6) tugas utama kepada Suruhanjaya Negeri seperti berikut:-

Perlantikan:
Suruhanjaya menguruskan perlantikan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri secara Tetap, Sementara, Kontrak, Tukar Sementara dan Pinjaman. Suruhanjaya berkuasa menamatkan perkhidmatan Anggota Perkhidmatan Awam mengikut syarat-syarat perlantikan. Suruhanjaya boleh memberikan perwakilan kuasa kepada Kerajaan Negeri/ Jabatan bagi melantik pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam samada dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan.

Pengesahan Ke Dalam Jawatan:
Suruhanjaya berkuasa mengesahkan Anggota Perkhidmatan Awam dalam jawatan, menlanjutkan tempoh percubaan, mengembalikan ke jawatan asalnya atau menamatkan perkhidmatan kerana kegagalan disahkan dalam jawatan.

Kemasukan Ke Dalam Jawatan Berpencen:
Suruhanjaya menguruskan kemasukan ke dalam jawatan berpencen kepada Anggota Perkhidmatan Awam Negeri yang telah disahkan dalam jawatan dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh diambilkira sebagai perkhidmatan berpencen untuk tempoh tidak kurang daripada tiga (3) tahun.

Kenaikan Pangkat:
Suruhanjaya menguruskan kenaikan pangkat bagi Anggota Perkhidmatan Awam Negeri. Walau bagaimanapun kuasa bagi urusan kenaikan pangkat sekarang telah dijalankan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Kerajaan Negeri/ Jabatan. Suruhanjaya Negeri ini hanya berfungsi sebagai Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat sahaja.

Pertukaran Perkhidmatan:
Suruhanjaya berkuasa menukarkan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri secara tetap dari satu Skim Perkhidmatan ke satu Perkhidmatan yang lain dan dari satu Perkhidmatan ke Perkhidmatan yang lain bagi Skim Perkhidmatan yang sama. Suruhanjaya juga berkuasa menukar secara tetap pegawai-pegawai yang dilantik secara tukar sementara dan pinjaman.

Kawalan Tatatertib:
Suruhanjaya menguruskan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat dan hukuman-hukuman yang lain bagi pegawai-pegawai Pengurusan dan Profesional. Kuasa-kuasa tatatertib sehingga buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai-pegawai dalam Kumpulan Sokongan telah diberikan kepada Lembaga-lembaga di peringkat Jabatan. Suruhanjaya berfungsi sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib bagi kumpulan sokongan tersebut.

Permohonan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang Februari 2018 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Ahad bertarikh 4 Februari 2018.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam