Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Malaya Mei 2018

Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Malaya Mei 2018

Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Malaya Mei 2018

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Malaya Mei 2018. Jawatan ini melibatkan lokasi Kuala Lumpur. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Malaya Mei 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Pada tahun 1959, Menteri Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat Awam, Dato Ong Yoke Lin telah mengumumkan penubuhan sebuah pusat perubatan yang kemudiannya dikenali sebagai Hospital Universiti. Penubuhan pusat perubatan ini merupakan satu rancangan penting dimana Persekutuan Tanah Melayu, sebagai negara yang merdeka akan dapat mengeluarkan doktor-doktornya sendiri.

Untuk menubuhkan pusat perubatan yang bertujuan mengeluarkan doktor-doktor tempatan, ianya semestinya digandingkan dengan Fakulti Perubatan, Universiti Malaya. Maka pada bulan Februari 1963, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman selaku Canselor Universiti Malaya, telah meluluskan Kanun Perubatan Fakulti dan Hospital di mana akan dibina dalam 4 fasa di kawasan seluas 106 ekar.

Seterusnya pada bulan Ogos 1965, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Razak Hussein. Dengan itu kumpulan pertama seramai 64 orang mahasiswa perubatan telahpun mula mengikuti kuliah. Kemudian pembinaan fasa dua untuk bangunan Hospital Universiti telah dapat disiapkan pada akhir tahun 1966.

Dalam bulan Mac 1967 hospital ini telah memulakan perkhidmatannya dengan menyediakan 21 buah wad kepada orang ramai. Disamping mengeluarkan doktor-doktor yang bertauliah, Hospital Universiti dan Fakulti Perubatan, Universiti Malaya juga memberi latihan ikhtisas kepada jururawat-jururawat dan pembantu-pembantu makmal. Diharap Hospital Universiti terus berkembang dari segi alat kelengkapan yang moden dan kakitangan yang cekap supaya menjadi sebuah pusat perubatan yang terbaik di negara ini.

Permohonan Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Malaya Mei 2018 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Isnin bertarikh 7 Mei 2018.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam