
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Pusat Pendidikan Universiti Malaya Januari 2017. Jawatan ini melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:
1. Eksekutif
2. Pembantu Eksekutif
Jawatan Kosong Pusat Pendidikan Universiti Malaya Januari 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya ditubuhkan pada 1 April 1998 sebagai memenuhi komitmen Universiti Malaya untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara industri yang maju menjelang tahun 2020. Masyarakat perlu digalakkan supaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran agar menjadi lebih kreatif dan inovatif serta berdaya saing dalam menghadapi perubahan global. Justeru itu, penubuhan UMCCed yang berteraskan pendidikan sepanjang hayat merupakan satu wadah di mana Universiti Malaya boleh berfungsi sebagai penghubung kepada masyarakat dengan menyediakan pelbagai peluang latihan dan kemahiran kepada mereka tanpa mengira sempadan umur. Matlamatnya adalah untuk melahirkan sumber manusia yang berpengetahuan dan terlatih.
Program-program yang ditawarkan UMCCed merangkumi perkhidmatan perundingan pendidikan berterusan, latihan dalaman (in-house), seminar serta kursus–kursus pada peringkat sijil dan diploma eksekutif. Program–program ini disusun mengikut keperluan organisasi korporat dan individu-individu yang ingin meningkatkan kemahiran profesional mereka tanpa mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
Kedudukan strategik UMCCed di Kampus Kota Universiti Malaya memberikan kemudahan akses kepada orang ramai melalui jaringan jalan raya utama dan juga pengangkutan awam. Di samping itu, kampus ini juga menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dengan persekitaran hijau hutan hujan tropika di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur.
Permohonan Jawatan Kosong Pusat Pendidikan Universiti Malaya Januari 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Pusat Pendidikan Universiti Malaya. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Jumaat bertarikh 21 Januari 2017.