Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Nilai Negeri Sembilan April 2017

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Nilai Negeri Sembilan April 2017

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Nilai Negeri Sembilan April 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Nilai Negeri Sembilan April 2017. Jawatan ini melibatkan Majlis Perbandaran Nilai. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. Pegawai Kesihatan Persekitaran U41
2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
3. Penolong Arkitek Landskap JA29
4. Pembantu Kemahiran H19
5. Pemandu Kenderaan H11
6. Pembantu Awam H11

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Nilai Negeri Sembilan April 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Majlis Perbandaran Nilai ialah pihak berkuasa tempatan yang mentadbir seluruh daerah Seremban (kecuali pusat bandar Seremban dimana ianya ditadbir oleh Majlis Perbandaran Seremban (MPS)) seperti Nilai, Pajam, Labu, Mantin, Lenggeng, Taman Seremban Jaya, Sungai Gadut, Pantai dan Rantau. Agensi tersebut dibawah pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan. Majlis Perbandaran Nilai bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan kesihatan awam, pembuangan sisa dan pengurusan, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan sosial dan ekonomi serta fungsi penyenggaraan am infrastruktur bandar. Ibu pejabat utama Majlis Perbandaran Nilai terletak di Bandar Baru Nilai berhampiran bandar Nilai.

MPN pada dahulunya dikenali sebagai Majlis Daerah Seremban (ditubuhkan pada 1 Januari 1979) melalui penyusunan semula ke atas Enam (6) Penguasa Tempatan di Negeri Sembilan sek.3 (a) dan 3(b), Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171 test

Majlis Tempatan Pajam (1957)
Majlis Tempatan Mantin (1958)
Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Rantau (1959)
Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Nilai (1959)
Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Broga (1959)
Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Labu (1959)

Majlis Perbandaran Nilai telah diberi kenaikan taraf daripada Majlis Daerah Seremban dan majlis pengisytiharan kenaikan taraf tersebut telah dilaksanakan secara rasmi pada 2 Februari 2002. Majlis Perbandaran Nilai telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir lapan buah Mukim yang terdapat di dalam Daerah Seremban . Antara Mukim yang berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Nilai pada masa ini ialah:

Mukim Setul
Mukim Labu
Mukim Rantau
Mukim Lenggeng
Mukim Pantai
Sebahagian Rasah
Sebahagian Ampangan
Sebahagian Seremban

Antara Mukim tersebut lima (5) daripadanya adalah Mukim Utama iaitu Mukim Setul, Labu, Rantau, Lenggeng dan Pantai manakala tiga (3) Mukim lagi adalah sebahagian sahaja yang mana ia telah dibahagi dengan Majlis Perbandaran Seremban iaitu sebahagian Rasah, sebahagian Ampangan dan sebahagian Seremban.

Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Nilai Negeri Sembilan April 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Majlis Perbandaran Nilai. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Selasa bertarikh 4 April 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam