Jawatan Kosong Majlis Daerah Jerantut Pahang Mac 2017

Jawatan Kosong Majlis Daerah Jerantut Pahang Mac 2017

Jawatan Kosong Majlis Daerah Jerantut Pahang Mac 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Majlis Daerah Jerantut Pahang Mac 2017. Jawatan ini melibatkan Majlis Daerah Jerantut. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. Penolong Pegawai Kesihatan dan Persekitaran U29/U32
2. Pembantu Tadbir N19/N22
3. Pembantu Operasi N11/N14
4. Pembantu Awam H11/H14
5. Pemandu Kenderaan H11/H14

Jawatan Kosong Majlis Daerah Jerantut Pahang Mac 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Majlis Daerah Jerantut telah diwartakan pada 18hb. Februari 1982 melalui No. Warta P.W. No.65 dan dikuatkuasakan bermula pada 1hb. Mac 1982 bagi menggantikan Lembaga Bandaran Jerantut yang telah ditubuhkan pada 1hb. Julai 1960 mengikut warta kerajaan Bil. 230/60 di bawah Enakmen Lembaga Bandaran FMS Cap. 137.

Penubuhan Majlis Daerah Jerantut ini telah mengubah kawasan pentadbiran sedia ada Lembaga Bandaran Jerantut dimana kawasan-kawasan baru yang berpotensi dan mempunyai penduduk yang ramai telah dimasukkan. Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur telah bersetuju menerima pakai Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) pada 1 September 1979. Bermula dari tarikh itu maka bermulalah penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di Negeri Pahang dan dinaikkan taraf sebagai Majlis Perbandaran Daerah. Majlis Daerah Jerantut telah dinaikkan taraf dari Lembaga Bandaran Kepada Majlis Daerah dan telah disusun semula pada 1 Mac 1982.

Fungsi
Merancang dan mengawal pembangunan termasuk menyediakan pelan struktur

Menyelaras dan membantu membangunkan pekan atau bandar-bandar baru

Mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas, menaikkan taraf kampung dan menggalakkan kegiatan ekonomi yang berdaya maju

Mengindahkan bandar dengan landskap yang menarik

Mengawal bangunan, pengiklanan dan papan tanda

Memberi perkhidmatan kesihatan, kawalan makanan, kebersihan pusat jualan makanan dan kawalan berpenyakit

Menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti pasar, gerai, kompleks sukan, taman permainan kanak-kanak dan perhentian bas

Melesenkan dan mengawal perniagaan, iklan dan penjaja

Mengawal selia pelupusan sisa pepejal dan pembersihan bandar

Menyelenggara sistem saliran dan kebersihan alam sekitar

Membina serta menyelenggara parit dan longkang

Permohonan jawatan ini boleh dilakukan secara online melalui laman web Majlis Daerah Jerantut. Syarat-syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Majlis Daerah Jerantut Pahang. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Isnin bertarikh 20 Mac 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam