Jawatan Kosong Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Ogos 2017

Jawatan Kosong Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Ogos 2017

Jawatan Kosong Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Ogos 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Ogos 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi negeri Negeri Sembilan. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN
2. PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
3. PEGAWAI PSIKOLOGI

Jawatan Kosong Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Ogos 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, LPPKN, telah ditubuhkan di bawah Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 [Akta 352] dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pada peringkat awal penubuhannya fokus utama LPPKN adalah melaksanakan program dan aktiviti perancangan keluarga di negara ini. Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 (Akta 352) yang dahulunya dikenali sebagai Akta Perancang Keluarga 1966 (Akta 42) telah mengalami beberapa pindaan dan semakan sejak ia diwartakan pada tahun 1966.

Pindaan pertama telah dibuat pada tahun 1976 manakala pindaan kedua dibuat pada tahun 1984. Pindaan kedua ini melibatkan pertukaran nama akta daripada Akta Perancang Keluarga kepada Akta Penduduk dan Keluarga. Sejajar dengan perubahan ini, nama LPPKN yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Perancang Keluarga Negara telah ditukar menjadi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Dengan pertukaran nama ini, peranan LPPKN telah diperluaskan daripada semata-mata penyampaian perkhidmatan perancangan keluarga kepada perspektif penduduk dan pembangunan sosioekonomi yang lebih luas.

Pada tahun 1994 dan sejajar dengan Program Tindakan Persidangan Antarabangsa Mengenai Penduduk dan Pembangunan (ICPD-PoA), program LPPKN telah diubahsuai meliputi tiga bidang utama iaitu kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia. Pada 13 Jun 2001, Jemaah Menteri telah bersetuju dengan hala tuju dan pendekatan baru dan LPPKN sebagai agensi utama dalam bidang kependudukan, pembangunan dan reproduksi manusia.

Pada tahun yang sama, LPPKN telah diletakan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Akta 352 sekali lagi dipinda pada tahun 2006 sejajar dengan matlamat, peranan, fungsi dan tanggungjawab baru LPPKN. Pindaan dibuat bagi membolehkan fungsi, kuasa dan tanggungjawab yang sedia ada diperjelaskan dan diperkukuhkan. Peruntukan-peruntukan baru juga ditambah meliputi skop pelaksanaan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada LPPKN. Akta 352 ini telah diwartakan pada 8 Februari 2007.

Visi LPPKN mewujudkan keluarga yang kukuh ke arah melahirkan masyarakat penyayang, penduduk berkualiti dan bangsa Malaysia yang progresif cukup mencabar dan memerlukan komitmen yang padu semua pihak. LPPKN melalui pelbagai inisiatif telah memperkenalkan kaedah dan pendekatan yang dinamik dan efektif untuk mencapai visi tersebut. Fokus juga ditekankan kepada penyelidikan, pembangunan program, latihan dan kerjasama dalam dan luar negara.

Permohonan Jawatan Kosong Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Ogos 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Selasa bertarikh 8 Ogos 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam