Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara Oktober 2017

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara Oktober 2017

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara Oktober 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara Oktober 2017. Jawatan ini melibatkan negeri Kuala Lumpur. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. KURATOR S41
2. PEGAWAI TADBIR N41
3. PENOLONG KURATOR S29
4. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19
5. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara Oktober 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Sejarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) adalah rentetan penubuhan Balai Seni Lukis Negara (BSLN) bermula bilamana idea penubuhannya mula dikemukakan sejak tahun 1954 hingga 1956 oleh Majlis Kesenian Persekutuan (Malaya Arts Council) yang ditunjangi oleh Mubin Sheppard (kini Tan Sri) dan Frank Sullivan. Sebagaimana Laporan Tahunan BSLN 1974 – 1975 dan Laporan Tahunan Muzium Seni Negara 1979, Lembaga Amanah BSLN dibentuk pada 3 Jun 1958.

Pada 27 Ogos 1958, sebuah bangunan dua tingkat yang terletak di No. 109, Jalan Ampang, Kuala Lumpur – bersebelahan bangunan parlimen pertama Malaysia (waktu itu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu)– telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi menempatkan dengan rasminya institusi Balai Seni Lukis Negara (BSLN). Ordinan untuk menubuhkan Lembaga Amanah BSLN dimaktubkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada tahun 1959 melalui Akta 516: Akta Balai Seni Lukis Negara 1959.

Penubuhan dan pengisytiharan pembukaan rasmi Balai Seni Lukis Negara (BSLN) itu disempurnakan oleh Perdana Menteri waktu itu yang juga Perdana Menteri pertama iaitu TYT Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Perasmian itu disertai oleh satu pameran sulung di Dewan Tunku Abdul Rahman bangunan tersebut yang telah disertai pelukis-pelukis seluruh negara bagai menyatakan semangat kesepakatan dan perpaduan melalui penyertaan karya-karya mereka. Sesungguhya, penubuhan Balai Seni Lukis Negara (BSLN) juga merupakan satu pengiktirafan kerajaan terhadap bidang seni lukis tanahair.

Pada 26 September 2011 – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Sri Utama Dr. Rais Yatim telah merasmikan Majlis Pelancaran Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011 (Akta 724) yang membawa kepada penukaran nama dari Balai Seni Lukis Negara (BSLN) kepada Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN).

Dengan pewartaan Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011 (Akta 724), Akta ini membolehkan Lembaga Penbangunan Seni Visual Negara (LPSVN) beroperasi bukan sahaja sebagai sebuah galeri tetapi juga sebagai pemangkin kepada pembangunan industri seni visual tanahair melalui program-program pembangunan dan bantuan-bantuan lain yang perlu.

Akta ini juga mentakrifkan, apa-apa bentuk seni yang dihasilkan menarik kepada deria visual dan wujud dalam bentuk kekal seperti fotografi, multimedia dan apa-apa bentuk teknologi yang menarik, berbanding akta lama yang lebih menjurus kepada seni lukis sahaja.

Akta Balai Seni Lukis Negara 1959 dengan ini digantikan dengan Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011 (Akta 724) berkuatkuasa mulai 27 Ogos 2011 yang lalu. Tarikh ini diambil bersempena dengan ulang tahun penubuhan Balai Seni Lukis Negara yang ke 53.

Permohonan Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara Oktober 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Jumaat bertarikh 27 Oktober 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam