
Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2019 menampilkan Jawatan Kosong Lembaga Lada Malaysia Februari 2019. Jawatan ini melibatkan lokasi negeri Sarawak. Jawatan kosong Lada yang tersenarai adalah seperti berikut:
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
- Pemandu Kenderaan Gred H11
- Pembantu Awam Gred H11
Lembaga Lada Malaysia jawatan kosong 2019 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Lada career mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Jawatan Kosong Lembaga Lada Malaysia Februari 2019
Lembaga Lada Malaysia (MPB) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia dan ditubuhkan dibawah Akta Lembaga Lada Malaysia 2006 pada 1 Januari 2007.
Ibu pejabat MPB terletak di Kuching, Sarawak, mempunyai dua buah Pejabat Wilayah iaitu di Johor Bahru dan Kota Kinabalu manakala sembilan buah Pejabat Cawangan terletak di Sarawak.MPB berperanan dalam pembangunan industri lada dari aspek penyelidikan, meningkatkan pengeluaran dan pengembangan lada.
Visi:
Menjadi sebuah organisasi yang berwibawa, unggul dan cemerlang dalam pembangunan insdustri lada di peringkat antarabangsa.
Misi:
Meningkatkan sumbangan industri lada kepada pembangunan negara melalui program dan aktiviti yang berkesan serta perkhidmatan yang cemerlang
Fungsi:
Melaksanakan dasar dan program pembangunan untuk memastikan pertumbuhan dan daya maju industri lada Malaysia
Terlibat dalam perdagangan lada, keluaran lada hitam dan memperluas perdagangan kepada rempah-rempah yang lain
Menggalakkan atau menjalankan penyelidikan dan pembangunan yang berhubungan dengan industri lada dan memperdagangkan dapatan penyelidikan demi manfaat industri lada
Menggalakkan, mengawal dan memantau langkah-langkah untuk mendapatkan lada,keluaran lada dan rempah-rempah lain yang berkualiti tinggi
Memberikan perkhidmatan teknikal, nasihat, perunding dan perkhidmatan yang berkaitan termasuk latihan kepada industri lada
Mengumpulkan, menguruskan dan menyebarkan maklumat dan menyeggerakan rekod semua perkara yang relevan berhubungan dengan industri lada
Berhubung dan membuat penyelarasan dengan Kerajaan Negeri yang berkenaan dan badan-badan lain termasuk menjadi anggota persatuan di dalam dan di luar Malaysia demi kepentingan industri lada
Melakukan apa-apa perkara lain yang didapatinya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya
Borang Permohonan Online Jawatan Kosong Lembaga Lada Malaysia Februari 2019 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Lada. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Khamis bertarikh 7 Februari 2019.