Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan April 2017

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan April 2017

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan April 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan April 2017. Jawatan ini melibatkan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI TADBIR N41
2. PEGAWAI PERTANIAN G41
3. AKAUNTAN WA41
4. PENOLONG JURUKUR JA29
5. PENOLONG PEGAWAI TANAH NT29
6. PENOLONG PEGAWAI RANCANGAN TANAH G29
7. PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S29
8. PENOLONG JURUTERA JA29
9. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29
10. PENOLONG AKAUNTAN W29
11. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
12. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT / SETIAUSAHA PEJABAT N19
13. PENYELIA RANCANGAN TANAH G19
14. JURUAUDIO VISUAL N19
15. PEMBANTU AWAM H11
16. PEMANDU KENDERAAN H11
17. PEMBANTU OPERASI N11

Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan April 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) merupakan sebuah Lembaga Kemajuan Wilayah yang ditubuhkan pada 2 Mac 1978 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978 (Akta 203). Pelancaran perasmian penubuhannya disempurnakan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia Ketiga pada 5 Mac 1978 bertempat di Kampung Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan. Penubuhan KESEDAR bertujuan mengimbangi komposisi penduduk di antara Kelantan Selatan dengan Kelantan Utara, membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Kawasan Kelantan Selatan merupakan kawasan yang berbukit-bukau dimana hampir 50% daripadanya mempunyai kecerunan lebih daripada 25° dan hanya 10% sahaja yang mempunyai kecerunan kurang daripada 15°. Walaupun mempunyai kawasan yang luas namun hanya 20% sahaja yang berpotensi untuk pembangunan sektor pertanian.

Kepentingan pembangunan di Wilayah Kelantan Selatan telah mendorong persekutuan menubuhkan KESEDAR supaya pembangunan dapat diseimbangkan antara wilayah di negara ini. KESEDAR merupakan Lembaga Kemajuan Wilayah yang keempat ditubuhkan selepas Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA-1971), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA-1972) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH-1973).

Pusat pentadbiran pertama KESEDAR terletak di Tingkat 2, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Bharu apabila Pengurus Besar pertama, YBhg. Dato’ Ariffin bin Said melapor diri pada 1 Jun 1978. Akibat daripada penambahan bilangan pejabat yang berterusan maka KESEDAR telah mendapatkan Ibu Pejabat sementara yang terletak di Bangunan Lembaga Urusan Tabung Haji. Namun demikian, hasrat dan perancangan untuk membina bangunan ibu pejabat di Gua Musang telah diilhamkan oleh YBM. Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan Malaysia pada masa itu.

Kerja-kerja pembinaan kompleks Ibu Pejabat Ibu Pejabat KESEDAR telah bermula pada 16 Jun 1984 di atas kawasan seluas 16.06 hektar. Pembinaan kompleks ini bercirikan senibina tempatan dan keaslian Melayu lama, khususnya pada rekaan bumbung, dan penggunaan bahan-bahan keluaran tempatan. Kompleks ini telah siap dibina pada 30 Ogos 1986 dengan menelan belanja RM8.014juta.

Kompleks Ibu Pejabat KESEDAR ini menggabungkan 3 blok utama dengan keluasan lantai 9,120 meter persegi. Ianya telah dirasmikan oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan dalam suasana yang penuh warna-warni dan tradisi Negeri Cik Siti Wan Kembang pada 30 April 1987.

Semua pegawai dan kakitangan KESEDAR telah berpindah ke Ibu Pejabat yang baru ini bermula pada bulan Oktober 1985. Kompleks Ibu Pejabat ini merupakan ini merupakan antara bangunan yang amat penting di Gua Musang ke arah menggalakkan pembangunan di Wilayah Kelantan Selatan. Bermula tahun 1986, ia menjadi pusat pentadbiran bagi keseluruhan kawasan Kelantan Selatan dan merupakan nadi penggerak kepada semua program dan aktiviti pembangunan KESEDAR.

Kedudukan kawasan Kelantan Selatan yang jauh daripada Pusat Pentadbiran Kota Bharu telah menyukarkan sebarang bentuk pembangunan. Kemudahan asas, infrastruktur dan sosial disediakan pada tahap paling minima berbanding kawasan ini di negeri ini. Keadaan sebegini telah memberi kesan kepada pembangunan sosio-ekonomi kerana melibatkan kesukaran perhubungan, ketiadaan bekalan air dam elektrik, perkhidmatan, kesihatan dan pelajaran.

Permohonan Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan April 2017 boleh dilakukan secara online melalui laman web KESEDAR. Syarat-syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Jumaat bertarikh 14 April 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam