Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia Januari 2023

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2023 menampilkan Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia Januari 2023. Dinyatakan Jawatan kosong terkini kerajaan melibatkan lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor. Tambahan pula, Jawatan Kosong LGM 2023 mengikut senarai adalah seperti berikut:
- Pegawai Tadbir (Psikologi) N44/N48
- Pegawai Penyelidik Q41/Q43/Q47/Q51/Q53
- Pegawai Teknologi Maklumat F41
- Pegawai Tadbir N41
- Akauntan WA41
- Penolong Jurutera JA29
- Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29
- Penolong Pegawai Tadbir N29
- Penolong Pegawai Tadbir (Audit) N29
- Penolong Pegawai Tadbir (Penerbitan) N29
- Setiausaha Pejabat N29
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
- Pegawai Khidmat Pelanggan N19
- Pembantu Penyelidik Q19
- Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
- Pengawal Keselamatan KP11
Lembaga Getah Malaysia jawatan kosong yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Cara memohon jawatan kerajaan LGM mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia Januari 2023
Lembaga Getah Malaysia merupakan badan yang bertanggungjawab terhadap industri getah di negara ini. LGM ditubuhkan pada 1 Januari 1998, hasil gabungan Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (MRRDB) dan Lembaga Pasaran Getah Malaysia (MRELB) untuk meneruskan usaha memajukan serta membangunkan industri getah seperti yang dilakukan selama 94 tahun yang lalu.
Kemajuan R&D dalam getah asli (NR) yang telah dicapai oleh RRIM juga telah meninggalkan impak terhadap industri NR Malaysia dan negara-negara pemprosesan NR yang lain.
Objektif utama LGM ialah untuk membantu pembangunan dan pemodenan industri getah Malaysia dalam semua aspek daripada penanaman pokok getah, pengeluaran dan pemprosesan getah mentah, pembuatan barangan getah dan pemasaran getah dan produk getah.
Lembaga Getah Malaysia
Visi
Menjadi organisasi terulung dalam semua bidang industri getah untuk kemanfaatan masyarakat.
Misi
Meningkatkan daya saing dan daya maju industri getah Malaysia dalam persekitaran global melalui penyelidikan dan pembangunan berfokus, pemindahan teknologi berkesan dan perkhidmatan sokongan berkualiti.
Objektif
Mempromosi dan memajukan industri getah Malaysia, membantu dalam pembentukan dasar kebangsaan dan memberi keutamaan kepada pembangunan industri getah Malaysia.
Iklan jawatan kosong kerajaan Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia 2023 boleh dimohon secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di LGM. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 11.59 malam pada hari Jumaat bertarikh 6 Januari 2023.