Jawatan Kosong Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Mei 2017

Jawatan Kosong Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Mei 2017

Jawatan Kosong Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Mei 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Mei 2017. Jawatan ini melibatkan Negeri Kedah. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PENOLONG GURU TABIKA PERPADUAN N11

Jawatan Kosong Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Mei 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Peranan JPNIN

Mendidik masyarakat supaya cintakan perpaduan
Memelihara, mengekal dan meningkatkan perhubungan kaum ke arah perpaduan nasional
Mewujudkan keharmonian negara
Menjalankan kajian untuk mengetahui tahap dan iklim perhubungan kaum
Mencadangkan langkah-langkah yang komprehensif dan holistik di dalam mengurus perpaduan negara dan integrasi nasional
Menyumbang saran pendapat dan idea bagi membantu kerajaan dalam menyatakan pendirian negara di peringkat antarabangsa khususnya di bawah UNHRC (United Nations Human Rights Council) Racism and Racial Discrimination.

Misi

Menjadi agensi peneraju untuk memelihara, meningkat dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat di Malaysia

Visi

Mempertingkatkan dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat berasaskan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Gagasan 1 Malaysia

Moto

“BERSATU KITA MAJU”

Dasar Kualiti

Dasar Kualiti JPNIN adalah menjadikan JPNIN sebagai sebuah jabatan yang cemerlang, komited dan mampu memelihara, memupuk dan memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan

Piagam Pelanggan

Bahagian Pengurusan Perpaduan (PP)

Mengemukakan Laporan Pengesanan Isu Keharmonian Masyarakat kepada Jemaah Menteri dalam tempoh sebulan selepas setiap penghujung suku tahun.

Bahagian Kesepaduan Sosial dan Integrasi Nasional (KSIN)

Mencapai sekurang-kurangnya skor 2.2 daripada skala 4.0 Indeks Perhubungan Masyarakat bagi mengukur peningkatan hubungan masyarakat dalam kalangan peserta Program Kesepaduan Sosial dan Integrasi Nasional.
Mencapai sekurang-kurangnya skor 3.5 daripada skala 5 bagi Kajian Kepuasan Ibu Bapa Terhadap Tabika Perpaduan yang dilaksanakan 2 kali setahun.

Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Mei 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Rabu bertarikh 17 Mei 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam