Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia Februari 2017

Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia Februari 2017

Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia Februari 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia Februari 2017. Jawatan ini melibatkan Jabatan Perangkaan Malaysia. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. Pembantu Perangkaan E17

Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia Februari 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Jabatan Perangkaan telah pun ditubuhkan pada tahun 1949 iaitu di bawah peruntukan Statistics Ordinance 1949 dan juga dikenali sebagai Biro Statistik. Perangkaan yang dihasilkan pada masa itu adalah terhad kepada data perdagangan luar negeri dan pertanian ladang. Pada tahun 1965, nama Biro Statistik ini telah pun ditukar kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan beroperasi di bawah peruntukan Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989).

Tambahan pula, pada masa yang sama iaitu pejabat perangkaan Sabah dan Sarawak telah menjadi cawangan kepada Jabatan Perangkaan dengan ibu pejabat di Kuala Lumpur. Jabatan Perangkaan Negeri di Semenanjung Malaysia telah pun ditubuhkan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1971 sehinggalah ke tahun 1982. Dalam struktur organisasi kerajaan, Jabatan Perangkaan Malaysia telah diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Bagi memantapkan lagi kerja-kerja pengumpulan data oleh Jabatan Perangkaan Negeri,Pejabat-pejabat Operasi di beberapa buah negeri telah pun diwujudkan.

Misi Jabatan

Untuk mempertingkatkan peranan sebagai agensi utama dalam bidang perangkaan ke arah sistem maklumat yang bermutu, berorientasikan pengguna dan bertepatan masa, untuk pembentukan dasar perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.

Piagam Pelanggan

Menyedia dan membekal maklumat perangkaan yang berkualiti, berorientasikan pengguna dan bertepatan masa. Memastikan kerahsiaan maklumat individu responden sentiasa dipelihara. Memberi layanan yang mesra dan profesional kepada pengguna maklumat perangkaan.

Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Perangkaan Malaysia Februari 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Jabatan Perangkaan Malaysia. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Selasa bertarikh 28 Februari 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam