Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia September 2017

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia September 2017

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia September 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia September 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi Negeri Selangor. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI PENYELIDIK Q41
2. FELO PERKHIDMATAN (SETARA JAWATAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41)
3. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia September 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Penubuhan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya atau Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) sebagai sebuah badan berkanun telah dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya Bil.1/2006 pada 15 Mei 2006 yang telah dipengerusikan oleh Y.A.B. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Susulan keputusan tersebut, MIROS secara rasminya telah ditubuhkan pada 3 Januari 2007.

MIROS bertanggungjawab di dalam merancang dan menjalankan kajian dan penilaian berkaitan bidang-bidang yang melibatkan sektor keselamatan jalan raya dan bertindak sebagai one stop centre bagi pengumpulan dan penyebaran maklumat melalui percetakan dan program latihan. MIROS juga bertanggungjawab untuk menaikkan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang maju dalam bidang penyelidikan keselamatan jalan raya di peringkat antarabangsa.​

Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 [Akta 748] telah berkuat kuasa pada 15 Julai 2012 untuk menjadikan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sebagai sebuah pertubuhan bertujuan membantu Kerajaan merangka dasar dan program keselamatan jalan raya ​dan menangani isu keselamatan jalan raya berasaskan hasil kajian dan penyelidikan saintifik.​
​​Fungsi MIROS​​

​Selain itu, antara fungsi MIROS adalah:​​
​​
1. ​​​​M​enjalankan kerja-kerja penyelidikan ke atas keselamatan jalan raya;
2. Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang awam terhadap keselamatan jalan raya;​
3. ​​​​Memberi khidmat nasihat;
​​​4. Merancang, menjalankan latihan dan membuat penilaian ke atas program keselamatan jalan raya;
5. Mengkaji semula kaedah ujian yang dijalankan; dan​​
6. ​Mewujudkan jaringan hubungan dan bekerjasama dengan badan-badan lain.

Permohonan Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia September 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Khamis bertarikh 21 September 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam