Jawatan Kosong Amanah Ikhtiar Malaysia September 2017

Jawatan Kosong Amanah Ikhtiar Malaysia September 2017

Jawatan Kosong Amanah Ikhtiar Malaysia September 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Amanah Ikhtiar Malaysia September 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi Kuala Lumpur. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PEMANDU DAN PEMBANTU PEJABAT

Jawatan Kosong Amanah Ikhtiar Malaysia September 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Sejarah berkembangnya AIM berkait rapat dengan penubuhan Bank Grameen. Sejarah bermulanya Bank Grameen adalah apabila Dr Muhammad Yunus, Pensyarah Ekonomi di Universiti Chittagong Bangladesh menjalankan kajian pada tahun 1976 mengenai golongan miskin yang jarang melibatkan diri dalam dunia perbankan. Daripada kajiannya mendapati golongan miskin ini tidak berupaya untuk meningkatkan taraf hidup mereka adalah kerana tidak mempunyai modal yang mencukupi. Oleh itu, Prof. Yunus mencadangkan bahawa jika golongan miskin ini diberi suntikan modal pada masa dan situasi yang betul pasti akan dapat membina sebuah pembangunan yang pesat.

Prof. Yunus dengan bantuan wang peribadinya sendiri memulakan perbankan dengan golongan miskin yang mana pada masa itu, pelajarnya sendiri telah menyenaraikan hampir 42 nama mereka yang terdiri daripada golongan miskin di Kampung Jobra terletak di pinggir kampus. Mereka yang terpilih adalah golongan miskin yang difikirkan layak untuk diberi bantuan pinjaman.

Antara objektif yang dikemukakan oleh Prof Yunus pada ketika itu bagi meminjamkan wang kepada golongan miskin ini ialah memperluaskan kemudahan perbankan kepada golongan miskin, mengelakkan golongan miskin ini dari ditindas oleh lintah darat dan memberikan pinjaman kepada golongan miskin ini berdasarkan syarat yang lebih teratur dan senang difahami. Berdasarkan disiplin bayar balik yang memuaskan memberikan satu idea kepada Yunus untuk memperluaskannya kepada satu sistem perbankan yang lebih teratur.

Dari sehari ke sehari perbankkan Prof.Yunus dengan golongan miskin makin berkembang dan Prof. Yunus mula mencari bank-bank yang berminat untuk membiayai program ini. Namun tiada mana-mana bank yang berminat pada ketika itu dan ini memaksa Prof Yunus untuk meminta kerajaan Bangladesh mengisytiharkan lesen perbankkan kepadanya. Hasil usaha gigih Prof Yunus selama ini berbaloi apabila pada 2hb Oktober 1983, wujudlah Projek Bank Grameen. Projek ini semakin berkembang dengan pesat sehingga kini wujudlah Bank Grameen dan bukan lagi Projek Bank Grameen.

Pendekatan kredit mikro dalam membasmi kemiskinan diperkenalkan oleh Prof. Muhamad Yunus di Bangladesh pada tahun 1976 dan sejak itu telah berkembang ke seluruh dunia. Perkembangannya di Malaysia berlaku pada tahun 1986, diusahakan oleh Prof. David Gibbons dan Prof. Madya Sukor Kasim, pada waktu tersebut masih berkhidmat dengan USM. Projek awal untuk menguji kesesuaian pendekatan Bank Grameen ini yang dikenali sebagai Projek Ikhtiar yang dikendalikan oleh USM dan dibiayai oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM), Pusat Pembangunan Asia Pasifik (APDC) dan Kerajaan Negeri Selangor.

Projek Ikhtiar, iaitu satu projek penyelidikan bertindak yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Dasar (PPD) USM adalah satu kajian bagi menguji Pendekatan Bank Grameen (PBG) di dalam mengurangkan kemiskinan luar bandar dengan menyerahkan hak kredit mikro kepada golongan miskin. Penyaluran kredit mikro ini adalah bagi membiayai apa sahaja usaha bagi meningkatkan pendapatan serta memperkukuhkan golongan miskin ini dengan pengurusan bersama pihak AIM demi kesinambungan dan kejayaan program.

Permohonan Jawatan Kosong Amanah Ikhtiar Malaysia September 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Amanah Ikhtiar Malaysia. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Jumaat bertarikh 29 September 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam