Jawatan Kosong RISDA Estates Sdn Bhd September 2017

Jawatan Kosong RISDA Estates Sdn Bhd September 2017

Jawatan Kosong RISDA Estates Sdn Bhd September 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong RISDA Estates Sdn Bhd September 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi Selangor. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PENOLONG PENGURUS
2. PELUKIS PELAN

Jawatan Kosong RISDA Estates Sdn Bhd September 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Ucapan Perasmian Y.A.B Tun Hj. Abd. Razak Bin Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia, di upacara Pelancaran Rasmi, RISDA pada 8 Februari, 1973.

Dengan tertubuhnya RISDA, terwujudlah sebuah organisasi yang khusus untuk membimbing sektor pekebun kecil ke arah kemajuan dan perkembangan ekonomi dan sosial, RISDA juga akan menentukan perusahaan getah asli negara ini bertambah teguh dan stabil.

Kerajaan memandang mustahak mengadakan satu dasar dan strategi baru bagi memajukan sektor pekebun kecil dan berasaskan ini, RISDA ditubuhkan.

Sebagaimana dimaklumkan, RISDA bertanggungjawab ke atas semua aspek kemajuan sektor pekebun kecil. Ini termasuklah memodenkan pekebun kecil dengan menggunakan sepenuhnya hasil-hasil penyelidikan dan kemajuan teknik dalam penanaman getah serta memprosesnya dan seterusnya berusaha bersama MARDEC mengadakan satu sistem pemasaran yang cekap bagi pekebun-pekebun kecil. Tetapi yang amat penting lagi ialah menanamkan sikap baru dan konsep moden bagi sektor pekebun kecil sesuai dengan keadaan hari ini.

Dengan ini nyatalah bahawa unsur-unsur pembaharuan semestinya menjadi asas yang kukuh kepada konsep RISDA supaya membolehkan semua pekebun kecil kita menggunakan amalan-amalan yang moden bagi meninggikan mutu pengeluaran getah serta mendapat hasil yang lebih tinggi.

RISDA juga mengadakan supaya mengadakan satu “Integrated Approach” terhadap semua masalah yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil. Pada masa yang lampau masalah pekebun kecil dikendalikan oleh beberapa pertubuhan iaitu Lembaga Perusahaan Getah (Tanam Semula), Pusat Penyelidikan Getah (RRI) dan juga MARDEC. Semua ini sekarang akan dikendalikan oleh RISDA. Dengan ini bolehlah dijalankan perlaksanaan secara paduserentak akan hasil-hasil penyelidikan yang dijalankan RRIM dan juga sistem pemasaran yang dijalankan oleh MARDEC untuk manfaat semua pekebun kecil di negara ini. Dengan cara “Integrated Approach” inilah maka RISDA akan mempastikan bahawa sektor pekebun kecil yang diperbaharui dalam semua aspek untuk meninggikan taraf ekonomi pekebun-pekebun kecil dan memberikan kehidupan yang lebih sempurna.

Soal membaiki keadaan ekonomi pekebun kecil berhubung erat dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Maka itu RISDA akan berkerjasama dengan semua agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam ertikata sepenuhnya. Tidak syak lagi RISDA akan memainkan peranan penting di dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru terutama dari segi penyusunan semula masyarakat.

Akhirnya pelancaran RISDA ini usaha-usaha kita dapat ditumpukan dengan sepenuhnya kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil dan membaiki kedudukan mereka. Marilah kita berdoa mudah-mudahan hasrat dan cita-cita melalui usaha-usaha RISDA yang murni itu berjaya sepenuhnya.

Permohonan Jawatan Kosong RISDA Estates Sdn Bhd September 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di RISDA Estates Sdn Bhd. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Sabtu bertarikh 30 September 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam