Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2021 menampilkan Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris November 2021. Job postings melibatkan lokasi seluruh Malaysia. Jawatan Kosong UPSI 2021 yang tersenarai adalah seperti berikut:
- Arkitek Lanskap Gred 41
- Penolong Pegawai Penyelidik / Teknologi Maklumat Gred 29
- Pentadbiran Gred 19
- Pembantu Operasi / Penyelamat Kolam / Pengasuh Gred 11
Universiti Pendidikan Sultan Idris jawatan kosong yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. UPSI vacancy mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.
UPSI terletak di Tanjung Malim Perak Darul Ridzuan. UPSI mempunyai dua kampus iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) dan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) yang bitara dalam kepimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global.
UPSI begitu komited untuk membawa perubahan dalam pendidikan melalui penyebaran ilmu menerusi pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat dalam konteks pembangunan modal insan cemerlang di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.
Universiti Pendidikan Sultan Idris 2021
VISI
Menjadi Universiti yang bitara, cemerlang dalam kepemimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global.
MISI
Menjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat, dalam konteks pembangunan insan untuk mencapai wawasan negara.
MOTO
UPSI NO.1 PENDIDIKAN | UPSI NO.1 IN EDUCATION
Matlamat
Untuk mencapai misi di atas, Universiti berazam dan beriltizam :
Mengutamakan keikhlasan intelek dan kejujuran sikap dalam aktiviti meneroka sambil menyoal kembali kebenaran yang telah diterima selama ini bagi menjana, mengembang dan memperdalam ilmu;
Mewujudkan kesinambungan sumbangan yang berterusan bagi membangun dan memperkaya ilmu terutamanya menerusi bahasa Melayu dalam pelbagai bidang;
Menatar dan berkongsi ilmu melalui aktiviti-aktiviti kesarjanaan, termasuk perangkaian maklumat, pendidikan, penerbitan dan perundingan dalam dan luar negara;
Membina potensi individu bagi menjadikannya berilmu, berketerampilan, berbakat tinggi, berakhlak mulia dan bersemangat patriotis;
Menggerakkan komunitinya supaya lebih prihatin betapa perlunya mereka menyumbang khidmat kepada masyarakat dan negara, terutama ke arah pemupukan semangat patriotis dan nasionalistis untuk membina sebuah bangsa Malaysia dan menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.
UPSI
Borang Permohonan Online Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris November 2021 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di UPSI. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 11.59 malam pada hari Ahad bertarikh 14 November 2021.
