
Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2020 menampilkan Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia Jun 2020. Job postings melibatkan lokasi seluruh Malaysia. Jawatan Kosong FRIM 2020 yang tersenarai adalah seperti berikut:
- PEMBANTU AWAM H11
- PENGAWAS HUTAN G19
- PEMANDU KENDERAAN H11
- PEMBANTU PENYELIDIK Q19
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia jawatan kosong 2020 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. FRIM vacancy mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) adalah antara institusi yang terkemuka dalam penyelidikan perhutanan tropika di dunia. Ditubuhkan pada 1929, FRIM yang dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan menjadi sebuah badan berkanun sepenuhnya dengan ditadbir oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB) di bawah Kementerian Perusahaan Utama pada 1985.
Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia Jun 2020
Sejak 2003, MFRDB dan FRIM dipindahkan ke bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). Mulai 1 Oktober 2016, Akta FRIM telah dikuatkuasakan dan MFRDB digantikan oleh anggota Institut dengan tambahan empat orang wakil dari sektor korporat untuk membantu usaha komersialisasi. Pada 2 Julai 2018, NRE telah disusun semula menjadi Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) manakala pada 9 Mac 2020, KATS distruktur semula sebagai Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).
Institut ini terletak di kawasan seluas 545 hektar bersebelahan dengan Hutan Simpan Bukit Lagong di Kepong, kira-kira 16 km di barat laut dari Kuala Lumpur. FRIM yang diterajui oleh Dato’ Dr Abd Latif Mohmod sebagai Ketua Pengarah semenjak 2008 telah dianugerahkan pensijilan MS ISO 9001:2008 mulai 2010. Pada 2017, pensijilan MS ISO 9001:2008 FRIM telah berjaya dinaik taraf kepada MS ISO 9001:2015.
FRIM telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Semula Jadi Negara pada 10 Februari 2009 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, dan diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah akta yang sama pada 10 Mei 2012. Kini, FRIM sedang menuju ke arah pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pencalonan FRIM telah diterima semasa persidangan Jawatankuasa Warisan Dunia (World Heritage Committee) ke-41 di Krakow, Poland pada 7 Julai 2017.
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
Aktiviti-aktiviti penyelidikan FRIM dikendalikan mengikut bahagian yang berikut:
Perhutanan dan Alam Sekitar: Membangunkan teknologi dan menyediakan penyelesaian untuk menyokong dan memastikan pengurusan mampan sumber dan perkhidmatan ekosistem hutan asli, bandar dan rekreasi.
Bioteknologi Perhutanan: Membangunkan teknologi dan produk berasaskan sumber kepelbagaian biologi (biodiversiti) hutan dan ladang herba untuk industri berkaitan melalui pendekatan bioteknologi.
Keluaran Hutan: Memberi tumpuan kepada pembangunan penyelidikan, pembangunan dan komersialisasi (R,D&C) ke arah peningkatan ketahanan, hayat perkhidmatan dan penggunaan sumber kayu dan bahan-bahan lignoselulosa sedia ada untuk menghasilkan pelbagai produk yang berkualiti dan bernilai tambah tinggi.
Biodiversiti Hutan: Menyediakan dan membangunkan pengetahuan saintifik yang penting bagi melindungi biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem di Malaysia untuk pengurusan bijak dan mampan.
Hasilan Semula Jadi: Menyokong agenda bioekonomi negara melalui pemerkasaan industri berasaskan produk semula jadi dengan memastikan keselamatan bekalan bahan mentah bioaktif.
Ekonomi dan Analisa Strategik: Menjalankan penyelidikan sosioekonomi dan analisis strategik mengenai isu-isu perhutanan dan alam sekitar untuk pembangunan negara.
Hasil penyelidikan FRIM diterbitkan dalam jurnal-jurnal sains yang diwasit/diulas oleh rakan-rakan saintis lain dan juga dikongsi dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan yang terlibat dalam pengawalan dan pengurusan hutan, serta industri perhutanan.
Borang Permohonan Online Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2020 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di FRIM. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 11.59 malam pada hari Rabu bertarikh 1 Julai 2020.