
Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia Oktober 2018. Job postings melibatkan lokasi Selangor. SKMM kerja kosong 2018 yang tersenarai adalah seperti berikut:
1. Executive
MCMC jawatan kosong 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. SKMM vacancy 2018 mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Jawatan Kosong Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia Oktober 2018
Dengan kehadiran dan kebangkitan penumpuan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia dalam pertengahan 1990-an, satu paradigma yang memerlukan pendekatan baru dalam dasar media dan peraturan menjadi satu keperluan. Sejajar dengan ini, Malaysia telah mengangkat peraturan penumpuan berhubung dengan industri komunikasi dan multimedia pada November 1998.
Dua perundangan digubal untuk menjalankan model kawalselia baru: Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang berdasarkan rangka kerja pelesenan kawalselia baru bagi industri dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) yang mewujudkan sebuah badan kawalselia baru iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (1998) telah digubal pada 1 April 1999, sementara itu Akta Telekomunikasi (1950) dan Akta Penyiaran (1988) telah dibatalkan.
Suruhanjaya menetapkan 10 Matlamat Dasar Kebangsaan iaitu:
Menjadikan Malaysia sebagai pusat dan tumpuan utama dunia bagi perkhidmatan komunikasi dan perkhidmatan maklumat dan kandungan multimedia
Menggalakkan pewujudan masyarakat madani yang dalamnya perkhidmatan berdasarkan maklumat akan menyediakan asas bagi peningkatan yang berterusan kepada mutu kerja dan hidup
Mencambahkan dan memupuk sumber maklumat dan perlambangan budaya tempatan yang membantu mengetengahkan identiti kebangsaan dan kepelbagaian dunia;
Mengawalselia bagi faedah jangka panjang pengguna akhir;
Menggalakkan tahap keyakinan pengguna yang tinggi dalam penyampaian perkhidmatan daripada industri itu;
Memastikan penyediaan perkhidmatan sama rata yang mampu dibayar melalui infrastruktur kebangsaan yang sentiasa ada;
Mewujudkan suasana aplikasi yang teguh bagi pengguna akhir;
Memudahkan pengagihan secara berkesan sumber seperti tenaga buruh mahir, modal, pengetahuan dan aset kebangsaan;
Menggalakkan pembangunan keupayaan dan kecekapan dalam industri percantuman Malaysia; dan
Menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian
10 Matlamat Dasar Kebangsaan ialah asas rangka kawalselia SKMM yang termasuk, kawalselia ekonomi, kawalselia teknikal, perlindungan pengguna dan peraturan sosial. Pada 1 November 2001, SKMM juga mengambil alih fungsi kawalselia Akta Perkhidmatan Pos 1991 dan Akta Tandatangan Digital 1997.
VISI
Mewujudkan suatu industri komunikasi dan multimedia yang berdaya saing, cekap dan kian mengawal selia kendiri yang menjana pertumbuhan bagi memenuhi keperluan ekonomi dan sosial negara.
MISI
Kami komited untuk:
Menggalakkan capaian kepada perkhidmatan-perkhidmatan komunikasi dan multimedia;
Memastikan para pengguna menikmati pilihan dan tahap perkhidmatan yang memuaskan pada harga yang berpatutan;
Menyediakan proses pengawalseliaan yang telus bagi menjana persaingan yang sihat dan adil dalam industri;
Memastikan penggunaan optima bagi spektrum dan penomboran; dan
Mengadakan perundingan dengan pengguna dan penyelia perkhidmatan secara lazim serta memudah usaha sama dalam industri.
Borang Permohonan Jawatan Kosong Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia Oktober 2018 melalui permohonan online jawatan kosong dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di SKMM. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Sabtu bertarikh 6 Oktober 2018.