
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan Julai 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi Negeri Sembilan. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:
1. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (IMAM) S29
Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan Julai 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Kampus sementara UiTM Negeri Sembilan mula beroperasi pada 1 Jun 1999 dengan mengambil alih Kompleks Pertanian Negeri Sembilan Timur, Kementerian Pertanian di Jalan Melang, Kuala Pilah. Pengambilan kumpulan pertama pelajar sesi Jun 1999 ialah seramai 166 orang. kampus ini hanya menawarkan Program Pra-Diploma Sains.
Projek pembinaan kampus tetap UiTM Negeri Sembilan pada kawasan seluas 160 ekar di Mukim Parit Tinggi telah dimulakan pada 13 Mac 2007. Majlis pecah tanah telah dirasmikan pada 23 Ogos 2007 oleh Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi yang ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia. Pada akhir 2009, serahan tapak telah dilakukan antara pihak kontraktor dan UiTM.
UiTM Negeri Sembilan Kampus Beting mula beroperasi 1 Jun 2009 dengan 2 program Ijazah, 4 program Diploma dan program Pra Sains. Semester Julai 2010 menyaksikan pertambahan 1 program Diploma Pengurusun Perniagaan dan program Pra Perdagangan.Berikutan pembukaan kampus baru di Jasin , Diploma Pengurusan Perladangan dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Perladangan dan Agroteknologi akan dipindahkan ke sana pada tahun 2014. Walaubagaimanapun ,UiTM Negeri Sembilan akan membawa masuk satu program baru ke kampus ini pada tahun 2014 seperti Ijazah Sarjana Muda Sains Teknologi Makanan (Islamic Food Law)dan Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia (September 2013) .
Universiti Teknologi MARA cawangan Negeri Sembilan akan membuka satu lagi kampus di negeri ini secara rasmi setelah siap dibina. Kampus cawangan UiTM Negeri Sembilan yang terbaharu terletak di Seremban 3 akan memulakan operasi pada tanggal 18 Januari 2014.Ia akan menempatkan seramai 5000 orang pelajar dari 3 fakulti iaitu Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Fakulti Sains Matematik dan Komputer dan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi. Sebanyak 50% dari keseluruhan jumlah pelajar, iaitu sebanyak 2500 orang akan disediakan kemudahan tempat tinggal. Ini bermakna selebihnya iaitu 2500 orang lagi akan tinggal di luar kampus.
Permohonan Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan Julai 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Jumaat bertarikh 7 Julai 2017.