
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta menampilkan jawatan kosong Jurubahasa Gred L17. Jawatan ini adalah daripada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
Jawatan yang ditawarkan ini mempunyai kekosongan sebanyak 65 tempat. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Permohonan boleh dilakukan secara online melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Syarat-syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Jurubahasa Gred L17. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 11.59 malam pada hari Sabtu bertarikh 31 Januari 2015.