
Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2018 menampilkan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kedah September 2018. SPA Kedah career melibatkan lokasi negeri Kedah. Kerja kosong kerajaan kedah 2018 yang tersenarai adalah seperti berikut:
1. Pegawai Tadbir Negeri (KCS)
2. Akauntan WA41
3. Penghulu (Lelaki) NP29
4. Pembantu Veterinar/Penolong Pegawai Veterinar G29
5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
Jawatan kosong spa kedah 2018 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. SPA Kedah vacancy mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kedah September 2018
Suruhanjaya Perkhidmatana Awam, Negeri Kedah Darul Aman telah diwujudkan oleh Majlis Undangan Negeri Kedah (Legislative Assembly) pada 24 OGos 1959 di bawah “State Public Service Commission Enactment 1959” atau Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Tahun 1959. Enakmen tersebut telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah pada 20 Oktober 1959 dan seterusnya diwartakan pada 29 Oktober 1959.
Bagi urusan kenaikan pangkat Pegawai-pegawai Awam Negeri Kedah Darul Aman, Suruhanjaya telah menurunkan kuasa kepada Lembaga Kenaikan Pangkat menurut Pekeliling Perkhidmatan PSU(K) Bil: 1/1388 bertarikh 5 Mei 1968. Walaubagaimanapun urusan kenaikan pangkat bagi jawatan di dalam Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) masih diuruskan sendiri oleh pihak Suruhanjaya.
Bagi urusan tatatertib pula, Suruhanjaya menggunakan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Kedah Darul Aman 2007 Jld. 51 No.7 bertarikh 27 Mac 2008 K.P.U 8 dan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah 1959 . Walaubagaimanapun kuasa untuk membuang kerja dan menurunkan pangkat pegawai di dalam semua Kumpulan termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman, kekal terus di bawah Suruhanjaya
MISI
Membantu Kerajaan Negeri Dalam Mewujudkan Perkhidmatan Awam Yang Berintegriti
VISI
Mendapatkan Sumber Tenaga Manusia Yang Berkebolehan Untuk Berkhidmat Selaras Dengan Cabaran Semasa dan Teknologi
OBJEKTIF
Melaksanakan Tanggungjawab Berdasarkan Kepada Enakmen Suruhanjaya Dengan Telus, Amanah dan Professional
Borang Permohonan Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kedah September 2018 melalui permohonan online jawatan kosong dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di SPA online. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Selasa bertarikh 4 September 2018.