
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Perbadanan Wakaf Selangor Malaysia Mac 2017. Jawatan ini melibatkan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:
1. Penolong Eksekutif Juruaudit
Jawatan Kosong Perbadanan Wakaf Selangor Malaysia Mac 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Sejarah Penubuhan:
Tanggal 30 Oktober 2009, DYMM Tuanku Sultan Selangor bertitah supaya pihak MAIS menubuhkan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) agar pengurusan wakaf dapat diperkasakan seperti pengurusan zakat;
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Wakaf MAIS Bil. 1/2010 yang bersidang pada 8 Februari 2010 telah memutuskan untuk mewujudkan PWS selaras dengan titah DYMM Sultan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2008;
Mesyuarat MAIS Bil. 3/2010 yang bersidang pada 29 Jun 2010 telah bersetuju untuk menubuhkan PWS di bawah peruntukan Seksyen 8, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2008;
Mesyuarat MAIS Bil. 4/2010 yang bersidang pada 5 Oktober 2010 telah bersetuju dengan cadangan perlantikan Pengerusi dan Pengurus Besar PWS;
Perintah Penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor 2011 telah diperkenankan oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor pada 11 Januari 2011 dan diwartakan pada 3 Februari 2011.
Fungsi PWS
Memberi nasihat kepada Majlis berkenaan dengan dasar, cara, langkah yang perlu dilaksanakan dan diambil untuk menggalakkan pembangunan harta dan produk wakaf;
Melaksanakan dan memberi kesan kepada apa-apa dasar, arahan atau perintah Majlis berkenaan dengan pembangunan harta dan produk wakaf;
Membangun, menerimapakai dan melaksanakan dasar, cara dan langkah mengenai pembangunan harta dan produk wakaf;
Bertindak sebagai agensi penyelaras di dalam pelaksanaan kemajuan pembangunan harta dan produk wakaf secara pesat;
Merancang, membangun, melaksana dan menggalakkan pembangunan dan pelaksanaan harta dan produk wakaf;
Mengurus dan menjalankan pengendalian serta penyelenggaraan harta wakaf termasuk kemudahan, infrastruktur, tempat dan alat di kawasan harta wakaf tersebut;
Menggalakkan, menyelaraskan dan melaksanakan kajian serta pembangunan di dalam semua aspek harta dan produk wakaf.
Permohonan jawatan ini boleh dilakukan secara online melalui laman web PWS. Syarat-syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Perbadanan Wakaf Selangor. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Isnin bertarikh 27 Mac 2017.