Jawatan Kosong Perbadanan Produktiviti Malaysia Mac 2017

Jawatan Kosong Perbadanan Produktiviti Malaysia Mac 2017

Jawatan Kosong Perbadanan Produktiviti Malaysia Mac 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Perbadanan Produktiviti Malaysia Mac 2017. Jawatan ini melibatkan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. Setiausaha Pejabat N29
2. Pembantu Tadbir P/O N19
3. Pemandu Kenderaan H11

Jawatan Kosong Perbadanan Produktiviti Malaysia Mac 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Perbadanan Produktiviti Malaysia telah ditubuhkan sebagai Pusat Daya Pengeluaran Negara pada tahun 1962, iaitu suatu projek bersama Dana Khas Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kerajaan Persekutuan dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sebagai agensi pentadbir.

Pusat Daya Pengeluaran Negara menjadi sebuah Badan berautonomi melalui Akta (Memperbadankan) Majlis Daya Pengeluaran Negara Bilangan 19 pada tahun 1966. Akta ini telah dipinda oleh Akta (Memperbadankan) Majlis Daya Pengeluaran Negara (Pindaan) Akta A305, 1975 sesuai dengan perkembangan Pusat ini.

Majlis Daya Pengeluaran Negara telah dinamakan Perbadanan Produktiviti Negara pada 1 Disember 1991 apabila Akta (Memperbadankan) Majlis Daya Pengeluaran Nasional (Pindaan) Akta A801 dikuatkuasakan.

Akta Perbadanan Produktiviti Negara (Pemerbadanan) 1996 sekali lagi dipinda dan disebut sebagai Akta Perbadanan Produktiviti Malaysia (Pemerbadanan), 1996. Nama baru Malaysia (Perbadanan), 1966. Nama baru telah diwartakan pada 21 Februari 2008. Pindaan ini adalah bertujuan untuk memperjelaskan status Perbadanan tersebut sebagai suatu badan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan produktiviti Negara, khususnya kepada masyarakat antarabangsa.

Mengikut peruntukan Seksyen 7, Akta Perbadanan Produktiviti Malaysia, fungsi-fungsi Perbadanan adalah seperti berikut :

Menerajui pengalakkan dan penyebaran maklumat dan isu-isu yang berhubungan dengan Produktiviti;

Menubuhkan satu pusat maklumat dan rujukan bagi indeks Produktiviti bagi negara dan bagi sistem- sistem pengurusan dan kajian kes;

Mengeluarkan pakar dan kepakaran tempatan dalam bidang Produktiviti, Kualiti , Pengurusan dan Keusahawanan;

Mempertingkatkan pembangunan sumber manusia pada peringkat penyeliaan dan peringkat pengurusan kedua-duanya dalam negara;

Menasihati dan menyelaraskan pelaksanaan program-program dan akitiviti-aktiviti yang berhubungan dengan Produktiviti dan Kualiti;

Menilai dan memperakui program-program penyeliaan dan latihan Pengurusan, program-program Keusahawanan dan program-program Produktiviti dan Pengurusan Kualiti yang dijalankan oleh sektor swasta bagi orang awam;

Menjalankan latihan atau program-program lain yang berhubungan dengan Produktiviti, Kualiti, Pengurusan dan Keusahawanan;

Mengadakan perkhidmatan rundingan yang berhubung dengan Produktiviti, Kualiti, Pengurusan dan Keusahawanan;

Mengumpul, mengeluar dan menerbit maklumat mengenai Produktiviti, Kualiti, Pengurusan, Keusahawanan dan hal-hal lain yang berhubungan;

Menjalankan usaha-usaha perniagaan bagi maksud menunaikan kerja-kerjanya di bawah Akta ini dengan kelulusan Menteri;

Memberikan laporan setiap tahun kepada Menteri mengenai kemajuan dan masalah-masalah meningkatkan Produktiviti dalam perdagangan dan industri dalam negara dan membuat syor-syor mengenai cara bagaimana masalah-masalah itu boleh diuruskan;

Membuat semua perkara dan benda yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada penunaian kerja-kerjanya di bawah Akta ini.

Permohonan Jawatan Kosong Perbadanan Produktiviti Malaysia Mac 2017 boleh dilakukan secara online melalui laman web MPC. Syarat-syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Selasa bertarikh 14 Mac 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam