Jawatan Kosong Penolong Jurutera JA29 Januari 2017

Jawatan Kosong Penolong Jurutera JA29 Januari 2017

Jawatan Kosong Penolong Jurutera JA29 Januari 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Penolong Jurutera JA29 Januari 2017. Jawatan ini melibatkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. Penolong Jurutera JA29 – 22 Kekosongan

Jawatan Kosong Penolong Jurutera JA29 Januari 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan.Ketua Pengarah pertama dilantik adalah Tan Sri Abdul Rahim Bin Ali Bashah.

Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmantan Awam adalah memainkan peranan yang penting dalam menjamin mutu pengambilan anggota-anggota perkhidmatan awam. Oleh itu setiap suruhanjaya hendaklah memperbaiki atau memperkenalkan kaedah-kaedah pengambilan yang sesuai dengan spesifikasi sesuatu jawatan. Sterusnya input yang berkualiti hendaklah dijamin dengan suasana bekerja yang positif, oleh itu suruhanjaya juga bertanggungjawab dalam mengawal tatatertib anggota-anggota perkhidmatan awam.

Dalam usaha kita membentuk perkhidmatan awam yang mantap, peranan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam adalah amat penting. Dalam bahasa pengurusan kualiti, peranan utama Suruhanjaya ialah melaksanakan incoming inspection keatas input tenaga manusia yang memasuki sistem pentadbiran awam. Tanggungjawab ini perlu disempurnakan dengan baik agar hanya input yang berkualiti sahaja, dibenar memasuki sistem pentadbiran awam. Seperti yang diketahui, dalam apa jua proses kerja, penggunaan input yang tidak berkualiti boleh menimbulkan berbagai masalah yang menjejaskan kecekapan dan produktiviti. Disinilah pentingnya bagi anggota-anggota Suruhanjaya mengamalkan sepenuhnya prinsip-prinsip kualiti. Ketika membuat pemilihan kakitangan baru misalnya Suruhanjaya perlu mempastikan kakitangan yang dipilih menepati kehendak agensi pelanggan, baik dari sikap, kelayakan, kemahiran, pengalaman, dan sebagainya. Proses pemilihan itu juga perlu disegerakan supaya kelicinan operasi agensi pelanggan tidak terjejas.

Antara berikut merupakan perkara yang termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:

Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya.

Permohonan boleh dilakukan secara online melalui laman web SPA. Syarat-syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Penolong Jurutera JA29. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Selasa bertarikh 17 Januari 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam