Jawatan Kosong Lembaga Hasil Dalam Negeri Februari 2019

Jawatan Kosong Lembaga Hasil Dalam Negeri Februari 2019
Jawatan Kosong Lembaga Hasil Dalam Negeri Februari 2019

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2019 menampilkan Jawatan Kosong Lembaga Hasil Dalam Negeri Februari 2019. Jawatan ini melibatkan lokasi negeri Selangor. Jawatan kosong LHDN yang tersenarai adalah seperti berikut:

  1. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (PENAKSIRAN) GRED 31

Lembaga Hasil Dalam Negeri jawatan kosong 2019 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. LHDN career mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah salah satu agensi utama di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.

LHDNM ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.

Dahulu dikenali sebagai Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia (JHDNM), ia diperbadankan pada 1hb Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Agensi ini bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran cukai langsung di bawah akta berikut :

Akta Cukai Pendapatan 1967,
Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967,
Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976,
Akta Penggalakan Pelaburan 1986,
Akta Setem 1949,
Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990.

Fungsi Lembaga

Untuk bertindak sebagai ejen Kerajaan dan memberi perkhidmatan dalam pentadbiran, penaksiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai pendapatan, cukai pendapatan petroleum, cukai keuntungan harta tanah, duti harta pusaka, duti setem dan apa-apa cukai lain sebagaimana yang dipersetujui antara Kerajaan dengan Lembaga,

Untuk menasihati Kerajaan mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan percukaian dan menghubungi Kementerian dan badan berkanun yang sewajarnya mengenai perkara-perkara tersebut,

Untuk turut serta di dalam atau di luar Malaysia berkenaan dengan perkara-perkara yang berhubungan dengan percukaian,

Untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberi kepada Lembaga oleh mana-mana undang-undang bertulis lain dan

Boleh bertindak sebagai ejen pemungutan untuk dan bagi pihak mana-mana badan untuk mendapatkan pinjaman yang kena dibayar balik kepada badan itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Borang Permohonan Online Jawatan Kosong Lembaga Hasil Dalam Negeri Februari 2019 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di LHDN. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Isnin bertarikh 4 Februari 2019.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam