Jawatan Kosong Yayasan Terengganu Malaysia Julai 2017

Jawatan Kosong Yayasan Terengganu Malaysia Julai 2017

Jawatan Kosong Yayasan Terengganu Malaysia Julai 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Yayasan Terengganu Malaysia Julai 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi Terengganu. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) DC41

Jawatan Kosong Yayasan Terengganu Malaysia Julai 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Yayasan Terengganu ditubuhkan pada 1 Mei 1972 di bawah Enakmen Terengganu Bil. 9 Tahun 1972 untuk membantu kerajaan memajukan industri Pendidikan di negeri ini sebagai wahana utama membangun modal insan.

Tujuan penubuhan ini termaktub dalam Enakmen berkenaan sebagai usaha untuk meningkat, memaju dan memperkembangkan peluang-peluang dan kemajuan-kemajuan pelajar rakyat negeri ini.

Hasrat penubuhan ini diterjemahkan kepada fungsi berikut:-

Menaja pelajar di institusi pengajian dan latihan kemahiran;
Membantu pelajar di peringkat persekolahan;
Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan serta latihan; dan
Menyelaras segala bentuk bantuan pelajaran kepada pelajar-pelajar Terengganu di semua peringkat pengajian.

Objektif utama penubuhan Yayasan Terengganu adalah untuk menyatupadukan pengelolaan pemberian bantuan pelajaran kepada anak-anak negeri. Bantuan pelajaran yang diberikan oleh yayasan ini adalah berbentuk biasiswa/pinjaman, bantuan persekolahan, pembinaan asrama berkelompok dan pemberian anugerah sebagai galakan kepada usaha pelajar-pelajar. Dalam tempoh di antara tahun-tahun 1976 ke 1980 Yayasan Terengganu telah menawarkan sejumlah 2,274 biasiswa/pinjaman kepada penuntut-penuntut baru yang melanjutkan pelajaran mereka ke institusi-institusi pengajian tinggi di dalam dan di luar negeri.

Pemberian biasiswa ini bertambah dari tahun ke tahun menyebabkan bilangan keseluruhan pelajar-pelajar Yayasan Terengganu turut bertambah. Pengeluaran bantuan persekolahan juga merupakan aktiviti penting Yayasan Terengganu. Di dalam tempoh di antara 1976 ke 1900, Yayasan Terengganu telah mengeluarkan wang berjumlah $2,562,517.00 untuk dinikmati oleh 45,000 orang pelajar. Bermula pada tahun 1980 Yayasan Terengganu telah bersetuju membina asrama berkelompok di setiap daerah kecuali Marang kerana bertujuan memberi kemudahan tempat tinggal kepada penuntut-penuntut terpilih dan menampung kekurangan asrama yang disediakan oleh Kementerian sekarang.

Di samping itu Yayasan Terengganu juga mempunyai rancangan tahunan yang berupa pemberian anugerah khas kepada pelajar-pelajar di peringkat darjah 5, SRP/LCE, SPM/MCE dan STP/HSC. Pemberian anugerah ini dimulakan pada tahun 1980 sebagai memberi galakan kepada pelajar-pelajar supaya berusaha bersunguh-sungguh untuk mencapai kejayaan cemerlang di dalam peperiksaannya. Dari peranan yang dimainkan jelaslah Yayaran Terengganu berjaya mencapai objektifnya sebagai badan mengelola pemberian bantuan pelajaran anak-anak negeri Terengganu.

Permohonan Jawatan Kosong Yayasan Terengganu Malaysia Julai 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Yayasan Terengganu Malaysia. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Khamis bertarikh 13 Julai 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam