Jawatan Kosong Yayasan Pelajaran Johor Mac 2019

Jawatan Kosong Yayasan Pelajaran Johor Mac 2019
Jawatan Kosong Yayasan Pelajaran Johor Mac 2019

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2019 menampilkan Jawatan Kosong Yayasan Pelajaran Johor Mac 2019. Yayasan Pelajaran Johor career melibatkan lokasi Johor. Jawatan kosong YPJ 2019 yang tersenarai adalah seperti berikut:

  1. Pegawai Kewangan
  2. Pegawai Tadbir
  3. Penolong Jurutera Awam
  4. Pereka Grafik
  5. Pembantu Tadbir

Yayasan Pelajaran Johor jawatan kosong 2019 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. YPJ vacancy mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Jawatan Kosong Yayasan Pelajaran Johor Mac 2019

Johor Gorverment in 1982 dalam tahun 1982 telah membentuk Yayasan Pelajaran Johor melalui Enakmen No. 8 Tahun 1982 bagi menguruskan keperluan pembiayaan pinjaman/biasiswa bagi penuntut-penuntut negeri Johor yang berkelayakan melanjutkan pendidikan mereka di Institusi-institusi Pendidikan Tinggi di dalam dan di luar negeri. Usaha mewujudkan Yayasan Pelajaran Johor dengan objektif tersebut pada ketika ini dirasakan amat perlu memandangkan jumlah penuntut-penuntut negeri Johor yang berkeupayaan sedemikian kian bertambah hingga memerlukan dibentuk sebuah badan khusus untuk mengelolakan bantuan berupa pinjaman dan biasiswa bagi mereka.

Pembiayaan bantuan yang berupa pinjaman dan biasiswa bagi penuntut negeri Johor mempunyai sejarah yang panjang. Pada tahun 50an dan 60an dimana jumlah penuntut yang melanjutkan pendidikan di Institusi-institusi Pendidikan Tinggi adalah kecil, kerajaan negeri meletakkan tanggungjawab mengelolakan pinjaman/biasiswa di bawah pentadbiran pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Antara biasiswa-biasiswa kerajaan yang pernah dikeluarkan pada waktu itu ialah Biasiswa Sultan Ibrahim, Biasiswa Kenangan Dato’ Onn, Biasiswa Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor.

Apabila jumlah penuntut berlipat kali ganda, Yayasan Pelajaran Johor telah diwujudkan melalui Enakmen No 8 Tahun 1982. Urusan pengeluaran pinjaman/biasiswa masih dikekalkan dibawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Hampir kesemua pembiayaan bantuan tersebut diperolehi melalui hasil konsesi balak dan pinjaman kerajaan negeri. Hanyalah pada tahun 1986 Yayasan Pelajaran Johor digerakkan sebagai satu entiti dan dilepaskan daripada pentadbiran pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Awal kegiatan Yayasan Pelajaran Johor sebagaimana yang dinyatakan, tertumpu kepada perolehan daripada konsesi balak disamping perolehan-perolehan kecil daripada kegiatan ekonomi yang lain.

Bermula daripada kegiatan ekonomi yang sederhana, Yayasan Pelajaran Johor telah berjaya menggerakkan beraneka jenis projek-projek ekonomi yang lebih besar. Diantaranya adalah termasuk hotel-hotel, pusat-pusat pelancongan, rancangan perumahan, ladang-ladang dan pelaburan saham. Hasil pelaburan Yayasan Pelajaran Johor yang sebanyak lebih kurang RM5 juta setahun dalam tahun 1983 kini telah meningkat kepada lebih RM25 juta untuk tahun 1993 dan Yayasan Pelajaran Johor dijangka berupaya memperolehi lebih daripada RM35 juta pada tahun 1994.

Namun demikian, kegiatan-kegiatan ekonomi Yayasan Pelajaran Johor tidak dapat digerakkan dengan lancar memandangkan bagi sebuah agensi kerajaan, kegiatan-kegiatannya serta peranan pegawai-pegawai yang berkhidmat dengannya masih tertakluk kuat kepada berbagai-bagai aturan dan peraturan kerajaan. Maka dengan itu, Lembaga Yayasan Pelajaran Johor telah bermesyurat bertarikh 26hb Mei 1992 untuk mengambil keputusan dalam mengkaji semula kegiatan Yayasan Pelajaran Johor agar dapat mencari jalan supaya ianya dapat beroperasi sebagai sebuah badan komersil.

Maka dengan itu, Lembaga Yayasan Pelajaran Johor telah bermesyurat bertarikh 26hb Mei 1992 untuk mengambil keputusan dalam mengkaji semula kegiatan Yayasan Pelajaran Johor agar dapat mencari jalan supaya ianya dapat beroperasi sebagai sebuah badan komersil.

Dasar Ekonomi Baru merupakan satu program pembangunan yang menyeluruh. Dasar Ekonomi baru muncul sebagai satu penyelesaian kepada masalah-masalah sosial yang mempunyai punca dan implikasi ekonomi.

Dengan kesedaran bahawa pelajaran dan kemahiran adalah kunci kepada kemajuan masyarakat, strategi-strategi Dasar Ekonomi Baru dipertingkatkan bagi memberi penekanan ke atas bidang pendidikan dan pelajaran.

Borang Permohonan Jawatan Kosong Yayasan Pelajaran Johor Mac 2019 melalui permohonan online jawatan kosong dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di YPJ. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Selasa bertarikh 5 Mac 2019.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam