Jawatan Kosong Universiti Utara Malaysia Kedah Mac 2017

Jawatan Kosong Universiti Utara Malaysia Kedah Mac 2017

Jawatan Kosong Universiti Utara Malaysia Kedah Mac 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Universiti Utara Malaysia Kedah Mac 2017. Jawatan ini melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PEGAWAI PERGIGIAN UG41
2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
3. PENOLONG JURUTERA JA29
4. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S29
5. JURURAWAT U29
6. PEREKA B19
7. PEMBANTU KEMAHIRAN H19
8. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19
9. PEMBANTU PUSTAKAWAN S19
10. PEMBANTU AWAM H11

Jawatan Kosong Universiti Utara Malaysia Kedah Mac 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Universiti Utara Malaysia (singkatan: UUM) merupakan universiti yang keenam ditubuhkan di Malaysia. Ia ditubuhkan secara rasmi pada 16 Februari 1984 di bawah Perintah (Perbadanan) Universiti Utara Malaysia. Cogan kata UUM ialah “Ilmu, Budi, Bakti”.

Hasrat untuk mewujudkan universiti keenam di Malaysia timbul berikutan bertambahnya permintaan terhadap pendidikan tinggi dan kurangnya tempat di lima universiti tempatan yang sedia ada. Pada bulan Ogos 1983, kerajaan mengarahkan Kementerian Pendidikan supaya menjalankan kajian kemungkinan dan menyediakan satu kertas kerja ke atas projek universiti keenam ini. Pada 19 Oktober 1983, Kabinet menelitinya dan meluluskan penubuhannya.

Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah dilantik sebagai Canselor. Naib Canselor UUM yang pertama ialah Prof. Tan Sri Dato’ Awang Had Salleh.

Pejabat sementara Universiti Utara Malaysia ditempatkan di sebuah bangunan di bandar Jitra sehingga Kampus Darulaman disiapkan. Pembinaan kampus sementara berharga RM96 juta di kawasan seluas 25 hektar di Bandar Darulaman, Jitra bermula pada Januari 1984. Dalam tempoh enam bulan fasa pertama siap dan seramai 295 orang pelajar perintis memulakan pengajian pada 7 Julai 1984. Fasa II dan III pada tahun 1987. Konvokesyen pertama, kedua dan ketiga diadakan di Kampus Darulaman.

Pembinaan kampus tetap di Sintok pula bermula pada 8 Januari 1989. Kampus Sintok mula beroperasi pada 15 September 1990, dan perpindahan sepenuhnya ke Kampus Sintok berjaya dicapai pada 1 Januari 1991. Kampus Sintok yang berharga RM580 juta ini dan seluas 1,061 hektar siap sepenuhnya pada 1993.Mulai Januari 2008, UUM mencipta sejarah membuat perubahan besar-besaran dari segi penstrukturan. Sebanyak 13 buah Fakulti digabungkan menjadi 3 buah kolej akademik. Kolek akademik ini terdiri daripada Kolej Perniagaan (College of Business- COB),Kolej Sastera dan Sains (College of Arts and Sciences- CAS)dan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (College of Law, Government and International Studies- COLGIS).

Permohonan jawatan ini boleh dilakukan secara online melalui laman web UUM. Syarat-syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Universiti Utara Malaysia. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Rabu bertarikh 15 Mac 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam