Jawatan Kosong Universiti Sains Islam Malaysia Mei 2017

Jawatan Kosong Universiti Sains Islam Malaysia Mei 2017

Jawatan Kosong Universiti Sains Islam Malaysia Mei 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Universiti Sains Islam Malaysia Mei 2017. Jawatan ini melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN

Jawatan Kosong Universiti Sains Islam Malaysia Mei 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah universiti Islam dan universiti ke-12 yang dimiliki sepenuhnya dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia. Matlamat USIM adalah menjadi peneraju dalam segenap aspek ilmu dan sebagai pusat rujukan global untuk integrasi ilmu Naqli dan Aqli.

USIM menggunakan pendekatan seimbang dalam pendidikan, iaitu menerapkan elemen-elemen yang memenuhi keperluan fizikal dan rohani, bukan sahaja pengukuhan dalam program akademik yang ditawarkan, malah dalam amalan pentadbiran dan pengurusannya juga. Pendekatan yang ditampilkan oleh USIM, merangkumi pendekatan holistik ke arah penyampaian ilmu, yang menyatukan sains revelational (ilmu Naqli) dan sains rasional (ilmu Aqli).

Berdasarkan itu, USIM menawarkan model yang unik untuk pengajian tinggi Islam, yang membezakannya daripada universiti-universiti Islam yang lain di seluruh dunia. Integrasi ilmu agama bersama sains sosial dan fizikal dalam semua program USIM, telah menyediakan pemahaman yang komprehensif serta menawarkan pendekatan dan penyelesaian baharu dalam masalah global semasa.

Model pendidikan di USIM adalah berlandaskan kepada beberapa prinsip asas yang mengintegrasikan Sains Islam dengan Sains Sosial dan Fizikal yang bukan sahaja memberikan pemahaman secara menyeluruh mengenai cabaran global semasa, malah menawarkan kaedah baharu dalam mendekati dan menyelesaikannya. Nilai universal terdapat dalam nilai-nilai Islam dan sejarah juga telah membuktikan bahawa nilai-nilai ini boleh dikongsi oleh manusia sejagat; hidup bersama secara harmoni dengan saling menghormati dan bersikap toleransi sesama manusia. Ini juga merupakan usaha ke arah mengembalikan semula nilai-nilai ilmu saintifik dan teknologi oleh sarjana Muslim dahulu dan terus memacunya ke hadapan.

Nilai-nilai ini telah diterapkan kepada para graduan USIM sehingga mereka menjadi profesional dan pakar rujuk dalam bidang masing-masing. Mereka juga turut bersedia untuk menyumbang dan membuat perubahan kepada masyarakat sejagat.

Permohonan Jawatan Kosong Universiti Sains Islam Malaysia Mei 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Rabu bertarikh 10 Mei 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam