Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris Ogos 2019

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris Ogos 2019
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris Ogos 2019

Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2019 menampilkan Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris Ogos 2019. Job postings melibatkan lokasi Perak. Jawatan Kosong UPSI 2019 yang tersenarai adalah seperti berikut:

  1. Bendahari Gred W54
  2. Pembantu Operasi Gred N11

UPSI jawatan kosong 2019 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Universiti Pendidikan Sultan Idris vacancy mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

universiti pendidikan sultan idris courses

Maktab perguruan pertama di Malaysia dibuka pada tahun 1913 di Taiping bawah nama Maktab Perguruan Matang. Maktab ini menggunakan bangunan rumah Ngah Ibrahim sebelum berpindah secara tetap ke Tanjung Malim dan diberikan nama baru sempena sultan Perak pada masa itu. UPSI dulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris Training College atau SITC) di Tanjung Malim. Namanya sempena nama Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar yang memerintah negeri Perak dari 26 Jul 1887 – 14 Jan 1916. Baginda lahir pada tahun 1849 dan mangkat pada tahun 1916.

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris Ogos 2019

Sejarah penubuhan UPSI bermula dengan cadangan R.O. Winstedt untuk memusatkan maktab-maktab perguruan Melayu. Setelah mendapat persetujuan Sultan Abdul Jalil Perak, Pesuruhjaya Tinggi British telah mengumumkan untuk menubuhkan sebuah Maktab Pusat yang besar bagi guru-guru Melayu sebagai kenang-kenangan kepada Almarhum Sultan Idris Ibni Almarhum Raja Iskandar, Perak. Maktab yang dinamakan The Sultan Idris Training Collge for Malay Teachers yang dikenali dengan nama ringkasnya sebagai SITC telah dirasmikan oleh Sir George Maxwell, Ketua Setiausaha Negara pada 29 November 1922.

Tujuan asal maktab ini ditubuhkan adalah untuk melatih guru-guru untuk sekolah-sekolah Melayu, disamping itu pihak British juga berharap lepasan SITC akan dapat digunakan sebagai tenaga pekerja mereka. SITC kemudiannya seolah-olah menjadi Pusat Kehidupan Intelektual Melayu dengan penuntut-penuntut yang datang dari segenap pelosok Semenanjung. Pertemuan penuntut-penuntut Melayu ini secara langsung atau tidak langsung telah menyedarkan mereka tentang tanggungjawab meninggikan tahap pelajaran anak-anak Melayu dan membawa kepada perkembangan golongan terpelajar Melayu yang bersemangat kebangsaan. Keunggulan SITC membentuk pelajar dan pelajaran Melayu terbukti sehingga selesai Perang Dunia Kedua, bahkan hingga beberapa tahun selepasnya, sebelum wujud beberapa institusi pengajian tinggi lainnya.

kemasukan upsi

Kurikulum yang diajarkan di SITC adalah berkenaan dengan pertanian asas dan pekerjaan tangan. Mata pelajaran yang diajar bagi satu-satu waktu pengajaran adalah selama 45 minit dan terdiri dari ilmu kira-kira, ilmu geometri, ilmu alam, bahasa, tawaraikh dan hikayat, ilmu tanaman, kaedah mengajar, ilmu kesihatan, lukisan, tulisan, anyaman bakul, pengetahuan am dan agama.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mempunyai 2 buah kampus iaitu kampus pertama yang terletak di pekan Tanjong Malim yang dikenali sebagai Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) manakala kampus kedua Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terletak di bandar Proton atau lebih dikenali sebagai Proton City. Kampus yang terletak di Bandar Proton tersebut dikenali sebagai Kampus Sultan Azlan Shah.

Borang Permohonan Online Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris 2019 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di UPSI. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Khamis bertarikh 29 Ogos 2019.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam