Jawatan Kosong Tentera Udara Diraja Malaysia Julai 2017

Jawatan Kosong Tentera Udara Diraja Malaysia Julai 2017

Jawatan Kosong Tentera Udara Diraja Malaysia Julai 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Tentera Udara Diraja Malaysia Julai 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi seluruh Malaysia. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. PERAJURIT MUDA UDARA

Jawatan Kosong Tentera Udara Diraja Malaysia Julai 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Sejarah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bermula apabila Ordinan Tentera Udara diluluskan oleh Parlimen pada hari Isnin, 2 Jun 1958 dan semasa ditubuhkan ia dikenali sebagai “Tentera Udara Diraja Persekutuan“.

Air Commodore A.V.R. Johnstone seorang pegawai Tentera Udara Diraja British (RAF) telah dipinjamkan untuk menjadi penasihat kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya telah dilantik menjadi Ketua Turus Tentera Udara yang pertama.

Beliau bertanggungjawab merangka penubuhan Tentera Udara Diraja Persekutuan bagi negara yang baru merdeka dari segi organisasi, sumber manusia, aset dan syarat-syarat perkhidmatan. Sebagai angkatan yang termuda di dalam Angkatan Tentera ketika itu anggota terawalnya adalah terdiri daripada pegawai dan anggota yang dipinjamkan daripada Tentera Udara Diraja British.

Sekumpulan pegawai dan anggota yang menjadi perintis Tentera Udara Diraja Persekutuan telah ditukarkan daripada Tentera Udara Diraja British pada bulan November 1958. Mereka yang menjadi tenaga penggerak organisasi TUDM ialah Flying Officer Li Heng Lip, Sergeant Subramaniam, Corporal Razi Osman, Corporal Othman Mohd Ismail, Corporal Wan Said, Sorporal J D Pasley, Corporal Mahevan, Senior Aircraftsman (SAC) Surindran, SAC Md Noor, SAC Zainal Abidin, SAC Mohd Hussain dan Junior Technician (JT) Ismail Arifin.

Sebagai angkatan yang muda tugas awal yang diamanahkan kepada Tentera Udara Diraja Persekutuan pada ketika itu ialah untuk memberikan perkhidmatan perhubungan melalui udara dan membantu pasukan keselamatan menjalankan operasi memerangi komunis yang mengancam negara. Dengan tertubuhnya Malaysia pada 16 September 1963, nama Tentera Udara telah ditukar kepada “Tentera Udara Diraja Malaysia” atau lebih dikenali sebagai TUDM.

Matlamat TUDM secara menyeluruh ialah untuk menyediakan, mengendali dan menggerakkan satu angkatan udara yang sentiasa bersedia dan berkemampuan untuk menonjolkan kekuatan kuasa udara demi memelihara dan menjaga kepentingan negara. Sebagai salah satu elemen pertahanan di dalam Angkatan Tentara Malaysia, TUDM berperanan untuk melaksanakan tugas-tugas berikut:

Pengawalan Ruang Angkasa untuk digunakan bagi tujuan damai disamping menghalang penggunaannya oleh pihak musuh. Ia melibatkan “offensive airstrike“, “defensive counter-air” dan operasi “defensive suppressive“.
Aplikasi Kekuatan bagi menangani ancaman di permukaan sama ada di bumi ataupun di udara. Ia melibatkan serangan strategik, operasi dan serangan maritim.

Peningkatan Kekuatan bagi menambahkan keupayaan di udara dan di darat yang melibatkan misi pengisian minyak di udara, pengawasan dan tinjauan, misi mengangkut, “electronik counter measure” dan operasi menyelamat kombat udara.

Ketahanan Kekuatan untuk melaksanakan operasi dengan jayanya. Ia melibatkan pertahanan pangkalan, sokongan logistik dan sokongan pangkalan bagi memberi perkhidmatan penting kepada organisasi dan anggota.

Permohonan Jawatan Kosong Tentera Udara Diraja Malaysia Julai 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Tentera Udara Diraja Malaysia. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Sabtu bertarikh 15 Julai 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam