Jawatan Kosong Suruhanjaya Syarikat Malaysia September 2017

Jawatan Kosong Suruhanjaya Syarikat Malaysia September 2017

Jawatan Kosong Suruhanjaya Syarikat Malaysia September 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jawatan Kosong Kerajaan dan Swasta 2017 menampilkan Jawatan Kosong Suruhanjaya Syarikat Malaysia September 2017. Jawatan ini melibatkan lokasi Kuala Lumpur. Jawatan-jawatan kosong yang tersenarai adalah seperti berikut:

1. Executive (Grade 52) Enterprise Data

Jawatan Kosong Suruhanjaya Syarikat Malaysia September 2017 yang ditawarkan ini mempunyai beberapa kekosongan. Urusan pengambilan ini mengikut kementerian atau jabatan yang terlibat dan calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengkaji semua undang-undang korporat Malaysia di bawah Program Pembaharuan Undang-Undang Korporatnya. Bagi memastikan program pembaharuan ini dilaksanakan dengan berkesan dan secara objektif, SSM telah menubuhkan jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Pembaharuan Undang-Undang Korporat menurut seksyen-seksyen 17 dan 19 Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001. Penubuhan Jawatankuasa Pembaharuan Undang-Undang Korporat (JPUK) pada 17 Disember 2003 membentuk bahagian yang penting dalam hala tuju strategik Suruhanjaya Syarikat Malaysia ke arah menyediakan rangka kerja kawal selia yang kondusif bagi syarikat dan perniagaan yang beroperasi.

Suruhanjaya Syarikat menyedari keperluan untuk mengkaji semula Akta Syarikat 1965 untuk menggambarkan keperluan semasa dan masa depan persekitaran perniagaan. Oleh itu, JPUK telah ditubuhkan untuk menjalankan kajian semula dasar-dasar semasa undang-undang mengenai undang-undang korporat untuk mencadangkan pindaan yang perlu bagi kegiatan korporat dan perniagaan untuk berfungsi dalam persekitaran perniagaan yang kos efektif, konsisten, telus dan berdaya saing selaras dengan piawaian antarabangsa tadbir urus korporat yang baik.

Objektif

Objektif-objektif program pembaharuan undang-undang korporat di Malaysia adalah:

membentuk struktur undang-undang dan kawal selia bagi memudahkan perniagaan; dan
menggalak kebertanggungjawaban dan perlindungan pengarah dan ahli-ahli korporat dengan mengambil kira kepentingan pihak-pihak berkepentingan yang lain, sejajar dengan piawaian antarabangsa.

Fungsi

Memastikan bahawa peruntukan-peruntukan Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama ditadbirkan, dikuatkuasakan, diberi kuat kuasa, dijalankan dan dipatuhi;

Bertindak sebagai ejen Kerajaan dan untuk mengadakan perkhidmatan mentadbirkan, memungut dan menguatkuasakan pembayaran fi yang ditetapkan atau apa-apa caj lain di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

Mengawal selia perkara yang berhubungan dengan perbadanan, syarikat dan perniagaan berhubung dengan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

Mendorong dan menggalakkan tatalaku yang sepatutnya di kalangan pengarah, setiausaha, pengurus dan pegawai lain sesuatu perbadanan, dan pengawalseliaan diri oleh perbadanan, syarikat, perniagaan, kumpulan perindustrian dan badan ikhtisas dalam sektor korporat demi untuk memastikan bahawa segala kegiatan korporat dan perniagaan dijalankan mengikut norma-norma yang telah mantap mengenai pentadbiran korporat yang baik;

Meningkatkan dan menggalakkan pembekalan maklumat korporat di bawah mana-mana undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan untuk mewujudkan dan membangunkan suatu kemudahan yang dengannya apa-apa maklumat korporat yang diterima oleh, atau yang difailkan dengan atau yang dikemukakan kepada, Suruhanjaya dapat dianalisa dan dibekalkan kepada orang ramai;

Menjalankan penyelidikan dan mengkomisikan kajian mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan kegiatan korporat dan perniagaan; 18 Undang-Undang Malaysia Akta 614

Menasihati Menteri secara am mengenai perkara- perkara yang berhubungan dengan perbadanan, syarikat dan perniagaan berhubung dengan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

Menjalankan segala kegiatan dan melakukan segala perkara yang perlu atau bermanfaat dan patut bagi pentadbiran Suruhanjaya, atau bagi apa-apa maksud lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.

Permohonan Jawatan Kosong Suruhanjaya Syarikat Malaysia September 2017 boleh dilakukan secara online dengan syarat lantikan dan bidang tugas boleh didapatkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Tarikh tutup permohonan ini adalah pukul 5.00 petang pada hari Rabu bertarikh 13 September 2017.

Kongsikan Dengan Rakan-rakan!

Leave a Reply

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam